edge
 
Bahasa: melayuenglish    Saiz Huruf: reduce reset font increase rssrss
edge
   

BERITA SEMASA
Semua Koleksi

Kerajaan ambil berat soal pendidikan
15 September 2018

LIMBANG: Kerajaan negeri amat mengambil berat tentang pendidikan dan kebajikan anak-anak Sarawak terutama golongan kurang berkemampuan bagi memastikan mereka mendapat pendidikan sempurna.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, program baucar bantuan pakaian seragam yang dilaksanakan di Sarawak satu usaha berterusan dalam membantu golongan sasar membeli pakaian seragam sekali gus meringankan beban mereka.

 Dr Abdul Rahman (duduk tiga kiri), Aspalela (kiri), Hasbi, Suryani dan Matzinan bergambar bersama penerima baucar semalam.

BANTUAN PENDIDIKAN: Dr Abdul Rahman (duduk tiga kiri), Aspalela (kiri), Hasbi, Suryani dan Matzinan bergambar bersama penerima baucar semalam.

Jelasnya dalam usaha membantu mereka, kerajaan negeri memutuskan menaikkan jumlah baucar daripada RM100 kepada RM200 dengan peruntukan sebanyak RM4 juta bagi pelajar tahun satu dan tingkatan satu.

Kita tidak mahu mendengar atau melihat anak-anak kita tidak dapat meneruskan persekolahan hanya semata-mata disebabkan tidak ada wang untuk membeli buku serta peralatan sekolah, ujarnya pada Majlis Penyampaian Baucar Bantuan Pakaian Seragam Yayasan Sarawak 2018 di Dewan Bunga Raya di sini, semalam.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, wakil Pengarah Yayasan Sarawak Suryani Abdul Hamid, wakil Residen Bahagian Limbang Aspalela Shamuni dan Pegawai Pendidikan Daerah Matzinan Wahit.

ADUN Bukit Kota itu berkata, golongan yang dibantu merupakan mereka yang layak berdasarkan data e-Kasih, murid berkeperluan asas, murid-murid Penan serta mereka yang disahkan layak oleh kumpulan sasaran daerah.

Justeru, beliau mahu semua vendor iaitu kedai-kedai pembekal pakaian seragam sekolah yang terlibat membekalkan kuantiti dan kualiti pakaian seragam yang mencerminkan nilai RM200 pada baucar yang diberikan pelajar.

Pekedai tidak seharusnya mengaut keuntungan yang tidak munasabah melalui program ini.

Adalah lebih baik ibu bapa memeriksa dahulu pakaian supaya setimpal dengan nilai baucar, ujarnya lagi.

Tegas beliau lagi, kerajaan negeri terus menitikberatkan soal pembangunan pendidikan anak-anak negeri ini.

Atas sebab itulah dan menyedari betapa pentingnya pendidikan sebagai asas atau pemangkin pembangunan modal insan, portfolio Menteri Pendidikan (Sains dan Penyelidikan Teknologi) diwujudkan dalam kabinet negeri diterajui Dato Sri Michael Manyin, tambahnya.

Dr Abdul Rahman berkata lagi, banyak institusi latihan kemahiran (swasta dan kerajaan) menyediakan pelbagai bentuk latihan kemahiran kepada anak-anak di Sarawak.

Jadi tidak ada sebab dan alasan kenapa anak-anak kita tidak boleh berjaya.

Peluang sentiasa disediakan kerajaan negeri, jika akademik tidak memuaskan cubalah ceburi dan terokai bidang kemahiran dan teknikal, katanya lagi.

  •  oleh 
  • Source : Utusan Borneo Online

     
    Bahasa Malaysia English


     

    Web Mudah Alih Yayasan Sarawak

    aplikasi talikhidmat QR code

    additional

    iso
    yes
       
             
             
       
    Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
    < Balik     ^ Ke Atas
       
     
    Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

    © Yayasan Sarawak

    Yayasan Sarawak, Wisma Adenan,
    Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
     
    Kemaskini Terakhir: 14 September 2018 11:32:19
    65864029 since 6 Jun 2009

    Projek Gemilang   star