edge
 
Bahasa: melayuenglish    Saiz Huruf: reduce reset font increase rssrss
  Pelajar IPT wajib memohon pinjaman PTPTN dahulu. Sekiranya permohonan ditolak, maka anda layak memohon Skim Pinjaman Pelajaran Yayasan Sarawak.
edge
   

BERITA SEMASA
Semua Koleksi

YSKL hantar pelajar tajaan Yayasan Sarawak kembali ke Semenanjung
03 January 2018
KUCHING: Yayasan Sarawak menerusi Yayasan Sarawak Pejabat Kuala Lumpur (YSKL) menghantar kembali para pelajar tajaannya di bawah Biasiswa Program PertukaranPelajar Yayasan Sarawak (Zon Semenanjung Malaysia) (EXSM) ke sekolah masing-masing, semalam. 

Para pelajar seramai 56 orang yang bersekolah di 15 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) me-rangkumi pelajar tingkatan dua hingga tingkatan lima bagi sesi persekolahan 2018tiba di Kuala Lumpur dan ditemani pegawai pengiring yang terdiri daripada warga kerja ibu pejabat Yayasan Sarawak pada 30 Disember 2017. 
Memandangkan sesi persekolahan bermula pada 2 Januari 2018, pihak YSKL yang diketuai Ketua Pegawai YSKL Muhamad Rahman Sallehin, mengumpulkan para pelajar duahari lebih awal untuk merangka jadual persediaan pelajar dengan menyediakan barang keperluan serta memastikan para pelajar tertakluk dengan sahsiah rupa diri.

Menurut seorang pelajar, Dayangko Shabistari Pengiran Saifudzin, 13, yang menuntut di Kolej PERMATApintar UKM, dia tidak sabar hendak memulakan sesi persekolahankerana terdapat pelbagai aktiviti Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang beliau ingin buat kajian manakala para pensyarah pula amat membantu dalampengajiannya. 

Pendapat yang sama juga dilontarkan pelajar Hattan Asri, 14, yang merasakan cuti persekolahan yang panjang memberi rehat mencukupi bagi menghadapi cabaran menjadipelajar terbaik. 

Keterujaan berjumpa rakan-rakan sekolah seperti yang dikatakan oleh Asphela Jicue Quat, 16, menyebabkan dia tidak sabar ingin memula-kan sesi persekolahan diSemenanjung Malaysia. 

Bagi Ting Tiew Hung, 17, dia telah membuat persiapan secukupnya dan merangka cara pembelajaran serta ulang kaji bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) serta High School Diploma juga SATT kerana iltizamnya ingin memasuki institusi Ivy League. 

Pelajar termuda, Richelle Joyce Raymond, 12, ingin memastikan keluarganya berasa bangga atas pencapaiannya sama ada penglibatan dalam akademik mahupun di luarsekolah. 

Ditanya mengenai kerinduan kepada keluarga, dia berkata, rasa rindu itu sememangnya ada, lebih-lebih lagi berpisah dengan keluarga pada usia yang amat muda. Namun, itutidak mematahkan semangatnya untuk berdikari. 

Bagi maklumat lanjut me-ngenai Biasiswa Program Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak, orang ramai boleh menghubungi Seksyen Program dan Bantuan di talian 082-441686sambungan 103 atau menerusi e-mel diys@yayasansarawak.org.my (mailto:diys@yayasansarawak.org.my). 

Source : Utusan Borneo Online

Press Photo Collection
 
Bahasa Malaysia English


 

Web Mudah Alih Yayasan Sarawak

aplikasi talikhidmat QR code

additional

iso
yes
   
         
         
   
Laman Utama | Hubungi Kami | Peta Laman
< Balik     ^ Ke Atas
   
 
Copyright & Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions | Site Requirements

© Yayasan Sarawak

Yayasan Sarawak, Wisma Adenan,
Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.
 
Kemaskini Terakhir: 18 August 2018 08:48:57
63892785 since 6 Jun 2009

Projek Gemilang   star