Biasiswa Pinjaman kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Insititusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Malaysia.
Syarat
Permohonan dibuka sepanjang tahun dengan mengisi borang permohonan YS/1/2000 atau melalui portal.
Pelajar diminta memohon pinjman PTPTN terlebih dahulu dan Yayasan Sarawak sedia mempertimbangkan permohonan sekiranya ditolak oleh PTPTN.
Kelulusan tertakluk kepada latar belakang sosio ekonomi dan peruntukan semasa.
Nama Skim
SKIM PINJAMAN PELAJARAN LUAR NEGARA
Tujuan
Pinjaman kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke luar negara bagi membiayai sebahagian kos pengajian.
Syarat
Permohonan dibuka sepanjang tahun dengan mengisi borang permohonan YS/3 (Pindaan 1989) atau melalui portal.
Pinjaman bercagaran (hartanah).
Kadar pinjaman yang diberikan kepada pelajar tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pendidikan Yayasan Sarawak.
Nama Skim
SKIM PINJAMAN TABUNG PUSINGAN
Tujuan
Bantuan kewangan segera kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi di dalam negara sebelum mendapat penajaan. Pinjaman ini MESTI dibayar balik setelah menerima biasiswa/pinjaman daripada badan penaja lain.
Syarat
Terbuka kepada pelajar di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Mendapat tawaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan sahaja.
Kelulusan tertakluk kepada peruntukan semasa.
Mengisi dengan lengkap borang permohonan YS/18/1996 atau memohon melalui portal.
Bantuan
Anggaran maksima pinjaman RM1,500.00 seorang berdasarkan peringkat pengajian dan lokasi Institusi Pengajian Tinggi.
Pembayaran dibuat secara tunai, sekali sahaja.
Pelajar dikehendaki membayar balik sebaik sahaja mendapat penajaan.
Nama Skim
SKIM PINJAMAN KOMPUTER
Tujuan
Membantu pelajar yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (termasuk Politeknik) di Malaysia bagi pembelian komputer.
Syarat
Pelajar tajaan Yayasan Sarawak di bawah Skim Biasiswa Pinjaman Pelajaran Dalam Negara di Institusi Pengajian Tinggi.
Tertakluk kepada peruntukan semasa.
Mengisi dengan lengkap borang permohonan YS/19/2001 atau memohon melalui portal.
Bantuan
Pinjaman maksima berjumlah RM1,500.00 sahaja.
Nama Skim
SKIM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN
Tujuan
Memberi peluang kepada lepasan sekolah/belia yang berminat untuk mengikuti Latihan Kemahiran di Institusi Kemahiran di Malaysia bagi mendapatkan Sijil Kemahiran serta menyediakan peluang kedua kepada pelajar yang tidak berjaya mengikuti pendidikan secara formal agar dapat memperlengkapkan diri dengan pengetahuan dalam bidang kemahiran.
Syarat
Berminat untuk mengikuti kursus kemahiran serta dapat menguasai kemahiran asas akademik iaitu membaca, menulis dan mengira (3M).
Lepasan PMR/SPM/STPM yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi yang formal di Malaysia.
Berusia antara 16 tahun hingga 25 tahun sahaja dan mengikuti latihan kemahiran secara sepenuh masa sahaja
Mengisi dengan lengkap borang permohonan YS/PT.155/Pindaan 3
Bantuan
Yuran latihan/kursus dan elaun sara hidup sepanjang tempoh pengajian.
Nama Skim
SKIM BANTUAN AWAL LATIHAN KEMAHIRAN
Tujuan
Membantu menyediakan keperluan kewangan kepada para pelatih yang tidak mampu dan telah mendapat tawaran di Institut Latihan Kemahiran.
Bantuan
Membiayai yuran pendaftaran dan kos pengangkutan dari tempat asal ke Institut Latihan Kemahiran di Malaysia.
Berita
Semasa
Koleksi
isu-isu semasa berkenaan pendidikan seluruh Malaysia