Menyediakan biasiswa pinjaman kepada pelajar yang layak untuk melanjutkan pengajian dalam negara di lnstitusi Pengajian Tinggi seperti berikut:
Universiti Kerajaan (IPTA) kemasukan melalui Unit Pendaftaran Universiti (UPU).
IPTS milik Kerajaan Sarawak:
1. Curtin University Malaysia, Miri.
2. Swinburne University of Technology Sarawak Campus, Kuching.
3. University of Technology Sarawak (UTS), Sibu.
4. Kolej Laila Taib (KLT), Sibu.
5. i-CATS University College (i-CATS), Kuching.
Syarat
Anak Jati Sarawak (sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapa adalah orang Sarawak).
Warganegara Malaysia.
Pengajian sepenuh masa dan tidak mempunyai penaja.
Wajib memperolehi kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peperiksaan SPM atau peperiksaan setaraf dengannya seperti berikut:-
1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
2. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C untuk General Certificate of Ordinary Level (GCE O-Level).
3. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B6 untuk Unified Examination Certificate (UEC).
Mengemukakan surat tawaran pinjaman PTPTN dan struktur yuran pengajian bagi memohon ‘Top-up’ untuk yuran pengajian sahaja.
Dua (2) orang penjamin yang mempunyai pekerjaan tetap dan umur tidak melebihi 60 tahun.
Bayaran balik pinjaman bermula mulai 12 bulan selepas tamat pengajian.
Bantuan
Pembayaran pertama akan dikeluarkan setelah penerimaan dokumen perjanjian yang lengkap.
Pembayaran seterusnya akan dikeluarkan setelah penerimaan salinan keputusan peperiksaan yang lengkap.
Menyediakan pinjaman kepada pelajar yang layak, bagi membiayai sebahagian kos pengajian di luar negara.
Syarat
Anak Jati Sarawak (sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapa adalah orang Sarawak).
Warganegara Malaysia.
Keutamaan diberikan kepada kursus yang tidak terdapat di dalam negara.
Kursus dan universiti diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Wajib memperolehi kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peperiksaan SPM atau peperiksaan setaraf dengannya seperti berikut:-
1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
2. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C untuk General Certificate of Ordinary Level (GCE O-Level).
3. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B6 untuk Unified Examination Certificate (UEC).
Mengemukakan cagaran hartanah dan dua (2) orang penjamin.
Tidak mempunyai penaja.
Bayaran balik pinjaman bermula mulai enam (6) bulan selepas tamat pengajian.
Bantuan
Kadar pinjaman diluluskan tertakluk kepada yuran pengajian.
Terhad kepada maksima RM100,000.00 setahun dan RM400,000.00 untuk sepanjang tempoh pengajian 4 tahun dan ke atas.
Menyediakan biasiswa pinjaman kepada anak Sarawak yang beminat mengikuti kursus teknikal di mana-mana lnstitusi Latihan Kemahiran / Teknikal Tempatan di bawah panel Yayasan Sarawak.
Syarat
Anak Jati Sarawak (sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapa adalah orang Sarawak).
Warganegara Malaysia.
Berumur 16 tahun hingga 30 tahun.
Berminat mengikuti latihan secara sepenuh masa.
Keutamaan kepada pelatih yang tidak berpeluang atau gagal melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi.
Bayaran balik pinjaman bermula mulai enam (6) bulan selepas tamat Latihan.
Bantuan
Membiayai yuran latihan / kursus sepanjang tempoh pengajian dengan maksimum RM10,000 setahun.
Pinjaman kepada pelajar yang mengikuti pengajian sepenuh masa dalam bidang Kejuruteraan & Ukur Bahan di IPTA/IPTS terpilih dalam Sarawak.
Syarat
Permohonan di buka sepanjang tahun.
Anak jati Sarawak iaitu salah seorang ibu atau bapa orang Sarawak.
Pengajian sepenuh masa dan tidak mempunyai penaja.
Wajib memperolehi kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peperiksaan SPM atau peperiksaan setaraf dengannya seperti berikut:-
1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
2. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C untuk General Certificate of Ordinary Level (GCE O-Level).
3. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B6 untuk Unified Examination Certificate (UEC).
Mengemukakan surat tawaran pinjaman PTPTN bagi memohon ‘Top-up’ untuk yuran pengajian.
Dua (2) orang penjamin yang mempunyai pekerjaan tetap dan umur tidak melebihi 55 tahun.
Bayaran balik pinjaman selepas dua belas (12) bulan tamat pengajian.
Pembayaran
Pembayaran pertama akan dikeluarkan setelah penerimaan dokumen perjanjian yang lengkap.
Pembayaran seterusnya akan dikeluarkan setelah penerimaan slip keputusan peperiksaan yang lengkap.