Notis Tawaran Biasiswa Sesi 2025/2026Yayasan Sarawak mempelawa calon-calon yang layak untuk memohon:1) 𝐁𝐢𝐚𝐬𝐢𝐬𝐰𝐚 𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤 𝐓𝐮𝐧 𝐓𝐚𝐢𝐛 (𝐁𝐘𝐒𝐓𝐓) 2) 𝐁𝐢𝐚𝐬𝐢𝐬𝐰𝐚 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤 𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐧 (𝐘𝐁𝐒𝐓𝐀𝐑).Sila Imbas Qr Kod atau klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut:yayasansarawak.org.my/my/notis-tawaran-biasiswa-sesi-2025-2026/Tarikh Permohonan:7 Julai 2025 (Isnin) hingga 8 Ogos 2025 (Jumaat), jam 4:00 petang.Untuk pertanyaan, sila emel ke: scholarship@yayasansarawak.org.my ... See MoreSee Less
Pemantauan Prestasi Pelajar Sarawak di MRSM Kuala Klawang dan di Zon Pantai Timur oleh Yayasan Sarawak30 Jun - 3 Julai 2025 - Yayasan Sarawak telah menjalankan lawatan pemantauan selama empat hari ke enam institusi pendidikan berasrama penuh, termasuk MRSM Kuala Klawang dan lima SBP di Zon Pantai Timur, bagi menilai prestasi serta kebajikan pelajar Sarawak di bawah Program Pertukaran Pelajar.Lawatan yang diketuai oleh Puan Bethsheba Nassa bersama pegawai dari Cawangan Yayasan Sarawak Kuala Lumpur ini memberi tumpuan kepada pencapaian akademik, kesejahteraan pelajar dan potensi penambahbaikan program. Selain bertemu pelajar, delegasi turut berdialog bersama pentadbir sekolah.Antara Sekolah yang dilawati:✅ MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan – Tersohor dalam bidang sains, teknologi dan pembangunan karakter pelajar secara holistik. ✅ Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub, Pahang – SBP berprestasi tinggi, aktif dalam STEM dan inovasi. ✅ Sekolah Sukan Malaysia Pahang, Gambang – Melatih atlet muda negara dengan gabungan akademik dan sukan bertaraf tinggi. ✅ Sek Men Sains Sultan Hj Ahmad Shah, Pekan – Menyerlah dalam akademik, kokurikulum dan kepimpinan pelajar. ✅ SM Imtiaz Kuala Nerus & Marang, Terengganu – Pendidikan seimbang antara akademik dan penghafazan al-Quran, serta sahsiah Islamik.Anak-anak Sarawak yang berada di sekolah tersebut menunjukkan penyesuaian dan prestasi membanggakan di sekolah baharu mereka. Ini membuktikan potensi tinggi yang ada dalam kalangan anak Sarawak. Program Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak merupakan salah satu inisiatif strategik untuk memberi pendedahan kepada pelajar terhadap sistem pendidikan berkualiti tinggi di Semenanjung Malaysia. Melalui program ini, diharapkan para pelajar dapat membina jaringan sosial lebih luas serta memperkukuh daya saing untuk menghadapi cabaran masa depan.Langkah ini mencerminkan komitmen berterusan Yayasan Sarawak dalam membentuk generasi muda yang kompetitif, berintegriti dan mampu menyumbang secara signifikan kepada pembangunan negeri Sarawak dan negara secara keseluruhan.Disediakan & gambar oleh: Bethsheba Nassa (YSKL)#YayasanSarawak#kementerianpendidikanmalaysiaSekolah Menengah Sains Tengku AbdullahSekolah Sukan Malaysia Pahang (Official)Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah PekanSM Imtiaz Kuala NerusSM Imtiaz YT Marang#MRSMKualaKlawang... See MoreSee Less
5 Julai 2025 (Sabtu) - Yayasan Sarawak telah menganjurkan Pertandingan Karom Kategori Berpasukan 4 penjuru bertempat di Dewan Jamilah, Yayasan Sarawak. Objektif pertandingan adalah untuk mengeratkan silaturrahim di dalam kalangan carrommers dari pelbagai agensi/jabatan yang terlibat dalam pertandingan. Selain itu, sebagai persiapan terakhir pasukan karom Yayasan Sarawak sebelum menyertai sukan PESAYA Ke-15 di Kelantan kelak. Sebanyak 4 pasukan yang melibatkan 7 agensi telah menyertai pertandingan kali ini. Antaranya Gabungan Kelab Karom Banjaran & Jabatan Premier Sarawak, Gabungan Pejabat Mufti & JAIS, Gabungan BSN & LANDAS dan Yayasan Sarawak. Johan pertandingan dimenangi oleh Pasukan Gabungan Kelab Karom Banjaran & Jabatan Premier Sarawak, diikuti Naib Juara bersama Yayasan Sarawak dan Pejabat Mufti-JAIS dan tempat ketiga pasukan Gabungan BSN/LANDAS. Hadiah berupakan trofi dan hamper kepada pemenang telah disampaikan oleh Encik Abdul Ghafar bin Sahmat, Timbalan Pengerusi Kelab Yayasan Sarawak.Disediakan / Gambar: Yantiska Mahmud#YayasanSarawak#karom... See MoreSee Less
Yayasan Sarawak is at Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).
1 week ago
📣 Jumpa kami di Booth A50!Yayasan Sarawak @ Sarawak Career & Training Fair 2025📅 5–6 Julai 2025📍 BCCK, Kuching🕘 9 pagi – 5 petangInfo biasiswa & pinjaman!#scsf2025#YayasanSarawak... See MoreSee Less
Yayasan Sarawak is at Swinburne University of Technology Sarawak.
1 week ago
EEP Awards Ceremony Celebrated at SwinburneKUCHING, 4 July 2025 - The English Enhancement Program (EEP) Awards Ceremony was held at the Multipurpose Hall, Swinburne University of Technology Sarawak. The event was officiated by YBhg. Datu Mohamad Junaidi bin Mohidin, Director of Yayasan Sarawak. Also present was Ir. Professor Lau Hieng Ho, Pro Vice-Chancellor and Chief Executive Officer. The ceremony honoured the achievements of 360 participants in enhancing their English proficiency. Congratulations to all award recipients!Prepared by: Ahmad Jumadi Sabang (SKA)Photo Credit: Waatson Chunggat#YayasanSarawak#SwinburneSarawak#SarawakMajuMakmur#SarawakFirst#LikeFollowShare#follower... See MoreSee Less
Yayasan Sarawak added 9 new photos from July 4 at 2:45 AM — at Sri Simanggang Hotel, Sri Aman.
1 week ago
BENGKEL SISTEM MY-YAYASAN 2025 DI SRI AMANSRI AMAN, 4 Julai 2025 - Seramai 53 peserta terdiri daripada kalangan pendidik telah menghadiri Bengkel Latihan Aplikasi Sistem My-Yayasan bagi Biasiswa Tempatan dan Bantuan Pakaian Seragam Sekolah. Taklimat disampaikan oleh Encik Zamahari bin Haji Saidi dan Encik Mustafa Arif bin Kiphli daripada Bahagian Pendidikan Yayasan Sarawak. Bengkel ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kecekapan dalam pengurusan permohonan bantuan pelajar secara dalam talian.Disediakan oleh: Ahmad Jumadi Sabang (SKA)Kredit Gambar: Mohd Syafiq#YayasanSarawak#MyYayasan#LikeFollowShare#follower... See MoreSee Less
Bengkel Latihan Aplikasi my-Yayasan Beri Pendedahan kepada Para PendidikKUCHING, 2 Julai 2025 – Sekitar Bengkel Latihan Aplikasi Sistem my-Yayasan bagi Biasiswa Tempatan Yayasan Sarawak dan Bantuan Pakaian Seragam Sekolah di sebuah hotel dan pusat konvensyen dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang.Majlis dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datu Mohamad Junaidi bin Mohidin, Pengarah Yayasan Sarawak. Turut hadir Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, Yang Berusaha Encik Omar bin Haji Mahli.Seramai 128 peserta terdiri daripada para pendidik dari bahagian Kuching, Samarahan dan Serian telah menyertai latihan yang bertujuan meningkatkan kecekapan penggunaan sistem dalam urusan permohonan bantuan pendidikan.Disediakan oleh: Ahmad Jumadi Sabang (SKA)Gambar Kredit: Syafina / Syafiq#YayasanSarawak#JPNSarawak#bengkel#LikeFollowShare#follower#SarawakMajuMakmur#SarawakFirst... See MoreSee Less
Yayasan Sarawak added 7 new photos from July 2 at 2:45 AM — at Kelab Golf Sarawak (KGS).
2 weeks ago
Temasya PESAYA Ke-15: Yayasan Sarawak Satu Hati, Satu Semangat, Satu SarawakTemasya Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia Ke-15 akan berlangsung di Kota Bharu, Kelantan mulai 10 hingga 21 Julai 2025. Penganjuran edisi kali ini dikendalikan oleh Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) selaku tuan rumah rasmi.PESAYA merupakan kejohanan sukan dwitahunan yang menghimpunkan semua yayasan negeri di Malaysia sejak mula diperkenalkan pada tahun 1991. Objektif utamanya adalah untuk mengeratkan hubungan antara warga yayasan negeri melalui semangat kesukanan yang membawa hala tuju bersama dalam memperkukuh dan memperluas jaringan kerjasama antara negeri.Pada tahun ini, seramai 98 atlet dari Yayasan Sarawak akan menyertai temasya ini. Sebanyak 11 jenis sukan akan dipertandingkan, iaitu Futsal, Badminton, Tenpin Boling, Bola Jaring, Bola Tampar, Dart, E-Sukan, Karom, Petanque, Ping Pong dan Golf. Temasya ini bakal disertai oleh negeri-negeri berikut: Kelantan (Tuan Rumah), Sarawak, Sabah, Johor, Terengganu, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak, Kedah dan Perlis.Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Yayasan Sarawak telah diadakan pada 2 Julai 2025 di Kelab Golf Sarawak, Petra Jaya, Kuching. Bendera Sarawak telah diserahkan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Sarawak kepada Yang Berbahagia Datu Mohamad Junaidi bin Mohidin, Pengarah Yayasan Sarawak dan bendera Yayasan Sarawak kemudiannya diserahkan kepada Encik Zamahari bin Haji Saidi, selaku Ketua Kontinjen Yayasan Sarawak. Temasya ini bukan sahaja memupuk semangat kesukanan dan daya saing sihat, malah menjadi platform penting untuk menjalin hubungan erat antara agensi negeri di seluruh Malaysia melalui kekuatan sukan dan kerjasama.Disediakan oleh: Mustafa Arif (KYS)Jurufoto: Mohd Haiqal#YayasanSarawak#pesaya15#kelantan#SarawakMajuMakmur#SukanUntukSemua#LikeFollowShare#followerKYS - Kumpulan Yayasan Sabah, YAYASAN PELAJARAN JOHOR, Yayasan Terengganu, Yayasan Selangor (YS), Yayasan Pahang, @Yayasan Negeri Sembilan, Yayasan Perak - Rasmi, Yayasan Islam Negeri Kedah dan Yayasan Islam Perlis. ... See MoreSee Less
Yayasan Sarawak added 5 new photos from July 2 at 2:15 AM — at SMK Merbau, Miri.
2 weeks ago
Pameran Karnival Pendidikan Kerjaya SMK Merbau 2025MIRI, 2 Julai 2025 - Yayasan Sarawak telah mengambil bahagian dalam Pameran Sempena Karnival Pendidikan Kerjaya SMK Merbau, Miri yang berlangsung di Dewan Bunga Raya, Miri. Acara bermula seawal jam 7:30 pagi hingga 11:30 pagi dengan penyertaan pelbagai agensi.Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali laluan pendidikan dan kerjaya yang sesuai dengan minat masing-masing. Terima kasih atas jemputan dan sambutan daripada warga SMK Merbau!Disediakan oleh: Ahmad Jumadi SabangGambar kredit: Nur Ain Zaidi#YayasanSarawakSMK Merbau, Miri#pameranpendidikan#kerjaya#LikeFollowShare#follower... See MoreSee Less
Yayasan Sarawak added 5 new photos from July 1 at 11:30 PM — at SMK Kuching High.
2 weeks ago
Yayasan Sarawak Sertai Pameran Pendidikan SMK Kuching High 2025KUCHING, 2 Julai 2025 – Yayasan Sarawak telah menyertai Pameran Pendidikan SMK Kuching High 2025 yang berlangsung di dewan sekolah dari jam 8:00 pagi hingga 12:30 tengah hari. Pameran ini bertujuan memberi pendedahan awal serta promosi kepada pelajar tentang peluang pendidikan dan bantuan yang ditawarkan. Sambutan yang diterima amat menggalakkan daripada pihak sekolah dan pelajar.Disediakan oleh: Ahmad Jumadi Sabang (SKA)Gambar Kredit: Liew Zhe Rong / Federick Toh Che Sing#YayasanSarawak#pameranpendidikanKuching HIGH School#SarawakMajuMakmur#SarawakFirst#LikeFollowShare#follower... See MoreSee Less