Untuk
Warga
YS
Language
Font Size A A A Color Green Blue Red
Sarawak Crest

Photo Gallery Listing

Last updated on February 26th, 2024 at 10:26 am


Yayasan Sarawak, KPM meterai MoU perkasa Program Pertukaran PelajarKUALA LUMPUR: Yayasan Sarawak telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memperkasakan Program Pertukaran Pelajar.Kementerian Pendidikan Malaysia Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak #LikeShareFollowYayasan Sarawak, KPM meterai MoU perkasa Program Pertukaran PelajarKUALA LUMPUR: Yayasan Sarawak telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memperkasakan Program Pertukaran Pelajar.Upacara menandatangani MOU itu dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof yang diadakan semasa Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Yayasan Sarawak di sini semalam yang telah ditandatangani oleh wakil Yayasan Sarawak iaitu Setiausaha Persekutuan Sarawak merangkap Ahli Lembaga Amanah Yayasan Sarawak, Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan, serta wakil KPM, Ketua Setiausaha, Dato’ Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Pengarah Yayasan Sarawak, Mersal Abang Rosli; Timbalan Menteri di Jabatan Premier, Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak; Datuk Abdullah Saidol dan Pengarah Pendidikan Sarawak merangkap Ahli Lembaga Amanah Yayasan Sarawak, Datu Dr Azhar Ahmad turut menyaksikannya.Fadillah dalam kenyataan di Facebook semalam berharap kerjasama tersebut dapat melahirkan generasi muda yang berkualiti dan berketrampilan serta memperkukuhkan pembangunan insan negara.“Saya berharap usahasama ini akan memberikan impak yang bermakna lbukan sahaja dari aspek pembangunan insan untuk negara tetapi berjaya melahirkan generasi muda yang berketerampilan, berkualiti dan mempunyai kepimpinan yang tinggi,” katanya. Sementara itu, menurut kenyataan media Yayasan Sarawak hari ini, walaupun Program Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak telah dilaksanakan bermula tahun 1972 dengan kerjasama yang padu daripada KPM, namun MoU berkenaan dibuat bagi memperkukuhkan jalinan kerjasama yang erat antara kedua-dua belah pihak.“Ikatan perjanjian ini menyatakan komitmen kedua-dua belah pihak bagi memperkasakan lagi program yang telah dilaksanakan selama ini dengan komitmen KPM untuk menempatkan untuk anak-anak Sarawak di Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh yang terpilih di Semenanjung Malaysia dan juga penempatan anak-anak Semenanjung di Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh di Sarawak di bawah KPM. “Dalam masa yang sama, ikatan ini juga merupakan satu komitmen Yayasan Sarawak untuk menaja mereka sehingga ke tingkatan 5 ke arah melahirkan modal insan dan bakal pemimpin yang berjiwa ‘Malaysia’ dan tidak hanya terkongkong dengan perspektif kenegerian semata-mata,” jelas kenyataan itu.Program Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak merupakan satu program bagi melestarikan agenda integrasi nasional antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak melalui pendidikan melibatkan penajaan dan penghantaran murid cemerlang ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh Terpilih.Di bawah program ini, Yayasan Sarawak menaja pelajar Sarawak untuk melanjutkan persekolahan menengah di Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh di Semenanjung Malaysia. Yayasan Sarawak juga menaja pelajar Semenanjung dan Sabah untuk bersekolah di Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh di Sarawak.Penghantaran Kumpulan pertama pelajar Sarawak ke sekolah-sekolah di Semenanjung adalah pada tahun 1972. Antara kumpulan terawal pelajar-pelajar ini termasuk Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Malaysia, Dato’ Sri Fadillah Yusof.Selain daripada beliau, ramai lagi tokoh-tokoh yang terkenal antaranya Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Datuk Abdullah Saidol.Selain itu, dalam majlis sama, Yayasan Sarawak turut mengadakan ikatan perjanjian yang sama dengan MLNG Petronas yang menyediakan penajaan kepada seramai 32 orang pelajar Sarawak di sekolah-sekolah berasrama yang terpilih setiap tahun di Semenanjung Malaysia.-Sarawak News#sarawaknews#hanyauntuksarawak ... See MoreSee Less

1 hour ago  ·  

View on Facebook
25 April 2024 (Khamis) - Hari ini, Pengarah Yayasan Sarawak, YBrs. Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli telah menyempurnakan Majlis Penangguhan Kursus Pemerkasaan Guru Pengawas Program Pertukaran Pelajar yang telah diadakan di Hotel Impiana KLCC, Kuala Lumpur.⁣⁣⁣⁣Sepanjang kursus selama dua (2) hari, beberapa topik telah dibentangkan berkaitan skop dan tanggungjawab guru pengawas serta pengurusan kewangan pelajar yang disampaikan oleh Encik Zamahari bin Haji Saidi, Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Biasiswa, Program dan Bantuan) dan Encik Easmawi Razak bin Mohamad Eastern, Penolong Pengarah (Kewangan) Yayasan Sarawak.⁣⁣⁣⁣Seusai majlis penangguhan, Pengarah Yayasan Sarawak telah menyampaikan Watikah Pelantikan Guru Pengawas Yayasan Sarawak kepada guru-guru yang dilantik khusus untuk menjaga hal ehwal kebajikan pelajar tajaan Yayasan Sarawak di sekolah masing-masing.⁣⁣⁣⁣Turut hadir, Encik Shafarudin bin Ali, Ketua Penolong Pengarah, Unit Pengambilan dan Kemasukan Murid SBP di Kementerian Pendidikan Malaysia dan Encik Watson Chunggat Leornard Doo, Pemangku Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Sarawak.⁣⁣Disediakan oleh: Ahmad Jumadi bin Sabang (CorpComm)⁣Foto oleh: Muhamad Haziq bin Rahmatullah (CorpComm⁣⁣⁣#kementerianpendidikanmalaysia#LikeFollowShare ... See MoreSee Less

2 days ago  ·  

View on Facebook
24 April 2024 (Rabu) - Seramai 42 orang guru dari Semenanjung, Sarawak dan Labuan serta wakil Kementerian Pendidikan Malaysia telah menghadiri Kursus Pemerkasaan Guru Pengawas Program Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak. Kursus ini akan berlangsung selama dua (2) hari di Impiana KLCC, Kuala Lumpur.⁣Pemangku Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Sarawak, Encik Watson Chunggat Leonard Doo telah menyampaikan ucapan bagi mengalu-alukan kehadiran para peserta.⁣Turut hadir bagi menyampaikan taklimat, Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Biasiswa, Program dan Pendidikan) Yayasan Sarawak, En Zamahari bin Haji Saidi dan urusetia kursus dari ibu pejabat dan cawangan Kuala Lumpur.⁣Untuk maklumat lanjut Program Pertukaran Pelajar, sila layari laman web kami di www.yayasansarawak.org.my.⁣.⁣Disediakan oleh: Ahmad Jumadi bin Sabang (CorpComm).⁣Foto oleh: Muhamad Haziq bin Rahmatullah (CorpComm).⁣.⁣#LikeFollowShareKementerian Pendidikan Malaysia ... See MoreSee Less

3 days ago  ·  

View on Facebook
24 April 2024 (Wednesday) - The Sarawak Foundation delegation led by the Director, YBrs. Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli held a guided visit to Sunway Medical Center, Bandar Sunway, Subang Jaya⁣ in Selangor.The group was warmly welcomed by Sunway management. Both parties have held meetings and discussed cooperation in the future development of medical facilities and medical education in Sarawak.⁣Also present, the President of Sunway Healthcare Group, YBhg. Dato' Lau Beng Long, Deputy Director (Operations) of Sarawak Foundation, Mr Mohamad Adzlie bin Ibrahim and the management of both parties.⁣Prepared by: Ahmad Jumadi bin Sabang (CorpComm)⁣Photo by: Muhamad Haziq bin Rahmatullah (CorpComm)⁣#LikeShareFollow ... See MoreSee Less

3 days ago  ·  

View on Facebook
24 April 2024 (Rabu) - Sesi Taklimat dan Majlis Penyerahan Surat Tawaran Skim Biasiswa Pinjaman Latihan Teknikal kepada 64 pelajar tajaan Yayasan Sarawak yang mengikuti Kursus Sijil Pemasangan Perancah (Scaffolding) Tahap 1 anjuran SRC Global Resources.⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣Penyerahan Surat Tawaran dan Perjanjian telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Seksyen Pembiayaan Pendidikan, Encik Yantiska Bin Mahmud yang berlangsung di IKM Bintulu.⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣Turut hadir bersama ialah Encik Mohamad Yusri bin Hamden, Pengurus SRC Global Resources Wilayah Sarawak dan Encik Awangku Muhamad Nasrullah bin Awangkoh Morsidi daripada Yayasan Sarawak.⁣⁣⁣Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila layari laman web kami di www.yayasansarawak.org.my⁣⁣⁣Disediakan oleh: Ahmad Jumadi bin Sabang (CorpComm)⁣⁣⁣Foto oleh: Awangku Muhamad Nasrullah bin Awangkoh Morsidi (Pembiayaan Pendidikan)⁣⁣⁣⁣#LikeFollowShareSRC Global Resources - Cawangan Sarawak ... See MoreSee Less

3 days ago  ·  

View on Facebook
21 April 2024 (Ahad) - Pelajar Sarawak di London berhimpun meraikan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2024 anjuran Sarawak Student Association (SSA) di United Kingdom (UK).Turut hadir Pegawai Perhubungan Pelajar Yayasan Sarawak London, Tuan Haji Kasubi bin Haji Bakir, ahli-ahli persatuan Dayak Bidayuh National Association, para pelajar dan rakyat Sarawak yang bekerja di UK.Disediakan oleh: Ahmad Jumadi bin Sabang⁣Foto oleh: Haji Kasubi bin Haji Bakir⁣#LikeFollowShare ... See MoreSee Less

6 days ago  ·  

View on Facebook
21 April 2024 (Ahad) - 9 pelajar tingkatan 1 batch ke-2 yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Semenanjung Malaysia telah berlepas dan selamat tiba di Kuala Lumpur dengan diiringi pegawai Yayasan Sarawak.​​⁣Yayasan Sarawak telah menganugerahkan Biasiswa Program Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak kepada pelajar tersebut yang turut ditaja bersama oleh PETRONAS.⁣⁣Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, sila emel ke ys@yayasansarawak.org.my atau layari laman web kami di www.yayasansarawak.org.myDisediakan: Ahmad Jumadi bin Sabang⁣⁣ (CorpCommFoto: Helmi bin Annual @ Annuar (Program & Bantuan)#LikeFollowShare ... See MoreSee Less

6 days ago  ·  

View on Facebook
POST-GRADE STUDIES AFTER FIRST DEGREE TO BUILD CORE TALENTS: PREMIERLEEDS ((UK), Sat (April 20): Upon the implementation of free tertiary education initiative in Sarawak-owned universities by 2026 the Sarawak government would then consider sending graduates students to do post-graduate studies overseas, Sarawak’s Premier, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg said here today. He said this when addressing Sarawak students studying in universities in and around here during a luncheon held at a local hotel.The Premier said these post-graduate students would be among the learned minds to form the core of Sarawak’s human resource capital to enable Sarawak to forge ahead with its “new economy”pursuits. Describing Sarawak’s new economy as an economy built upon renewable resources and environmental sustainability and digitalisation, the state would need a second layer of leaders in the corporate and government sectors to develop the economy further, he told the 15-odd students present. Citing the setting up of the Sarawak Tropical Infectious Disease Centre in Kota Samarahan, he said this centre would require talents in the fields of pharmacy, chemistry, biology and microbiology in order for the centre to have the capability of developing new vaccines for tropical diseases. In the renewable energy space, he described Sarawak as being the front runner in the country with all the legal parameters put in place after the passing of new laws that would certainly require the service of new talents in the relevant fields. Earlier in his speech, he told the students of the purposes of his weeklong visits here, London and Poland. The Premier and members of his entourage arrived here last night firstly to tour the Drax power plant near here that is fired by energy from biomass, later on the second leg to London to seek collaboration with British companies to develop compound semiconductors and on the last leg to Poland to take part in the Central Europe Hydrogen Forum. Also present at the luncheon were Deputy Premier, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan, State Secretary, Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki and Chief Political Secretary to the Premier Fazzruddin Abdul Rahman. ... See MoreSee Less

6 days ago  ·  

View on Facebook
20 April 2024 (Sabtu) - Sesi Taklimat dan Majlis Penyampaian Surat Tawaran Biasiswa Program Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak kepada 9 pelajar Tingkatan 1 untuk batch ke-2 yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Semenanjung Malaysia.⁣Acara Penyampaian Surat Tawaran telah disempurnakan oleh Encik Watson Chunggat Leornard Doo, Pemangku Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Sarawak.⁣Turut hadir Ketua Penolong Pengarah (Biasiswa, Program & Bantuan) En Zamahari bin Haji Saidi, Pegawai Yayasan Sarawak dan ibu bapa pelajar⁣⁣⁣Disediakan oleh: Ahmad Jumadi bin Sabang (CorpComm)Foto oleh: Helmy bin Anual @ Annuar (Program & Bantuan) ... See MoreSee Less

7 days ago  ·  

View on Facebook