Untuk
Warga
YS
Language
Font Size A A A Color Green Blue Red
Sarawak Crest

Photo Gallery Listing

Last updated on February 26th, 2024 at 10:26 am


11-12 Mei 2024 - Yayasan Sarawak turut serta pameran sempena Program Jom Masuk U 2024 anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi bertempat di The Hills, Kuching.⁣Untuk pertanyaan berkaitan Program dan Bantuan Pendidikan Yayasan Sarawak, sila hubungi kami melalui emel di ys@yayasansarawak.org.my ⁣atau telefon 082-441686 (waktu pejabat)⁣.#LikeFollowShare#kementerianpendidikantinggi ... See MoreSee Less

20 hours ago  ·  

View on Facebook
11-12 Mei 2024 - Yayasan Sarawak turut serta pameran sempena Sarawak TVET Carnival 2024 anjuran TEGAS Community Innovation Learning (TCIL) bertempat di Dewan Serian Conference Centre (SCC).⁣Untuk pertanyaan berkaitan Program dan Bantuan Pendidikan Yayasan Sarawak, sila hubungi kami melalui emel di ys@yayasansarawak.org.my ⁣atau telefon 082-441686 (waktu pejabat)⁣.⁣⁣⁣#LikeFollowShare#kementerianpendidikantinggi ... See MoreSee Less

20 hours ago  ·  

View on Facebook
𝐏𝐀𝐌𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐌 𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊 𝐔 𝐙𝐎𝐍 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 𝟏 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐃𝐈 𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐋𝐋𝐒, 𝐊𝐔𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆 ‼️Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)🗓️ 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 𝟏𝟏 & 𝟏𝟐 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮 & 𝐀𝐡𝐚𝐝)🕒 𝐌𝐚𝐬𝐚: 𝟖.𝟑𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟓 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠📍 𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢: 𝐓𝐡𝐞 𝐇𝐢𝐥𝐥𝐬, 𝐊𝐮𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠Masuk adalah PERCUMA! Pelbagai hadiah dan cabutan bertuah menarik menanti para pengunjung. #MalaysiaMADANI #JMU2024 #UNIMAS #UNIMASofficial #communitydrivenuniversity #JomMasukUNIMAS ... See MoreSee Less

2 days ago  ·  

View on Facebook
8 Mei 2024 - Bagi pihak Kerajaan Sarawak, Yayasan Sarawak yang diwakili oleh Pemangku Timbalan Pengarah (Pendidikan), Encik Watson Chunggat Leonard Doo menerima Sijil Penghargaan Rakan Strategik PTPTN sempena Majlis Mesra Pelanggan PTPTN 2024 yang berlangsung di Royale Chulan Kuala Lumpur. ... See MoreSee Less

5 days ago  ·  

View on Facebook
5 Mei 2024 (Ahad) - Pasukan Yayasan Sarawak telah menyertai MAKSAK SARAWAK GAMES 2024 OLAHRAGA Antara Kelab-Kelab Gabungan Sarawak yang berlangsung selama dua (2) hari bermula 4 Mei 2024 di Stadium UNIMAS, Samarahan.⁣⁣⁣⁣Pasukan Yayasan Sarawak berjaya memenangi beberapa pingat:⁣⁣⁣⁣Juliana binti Saed⁣⁣- Emas (Acara Lompat Jauh)⁣⁣- Gangsa (Acara 800 meter Wanita Senior Veteran)⁣⁣⁣⁣Muhammad Haziq bin Rahmatullah⁣⁣- Perak (Acara 800 meter Lelaki Terbuka)⁣⁣- Gangsa (Acara 400 meter Lelaki Terbuka)⁣⁣⁣⁣Izzat Izanie bin Ismuni⁣⁣- Gangsa (Acara 200 meter Lelaki Terbuka)⁣⁣⁣⁣Tahniah kepada semua atlit Yayasan Sarawak.⁣⁣TERBAIK!⁣⁣⁣⁣Disediakan oleh: Ahmad Jumadi bin Sabang (CorpComm)⁣Foto oleh: Awangku Mohamad Hasrullah bin Awang Koh Morsidi (Kelab Yayasan Sarawak)⁣ & FB MAKSAK SarawakMAKSAK Sarawak#maksaksarawak2024#LikeFollowShare ... See MoreSee Less

1 week ago  ·  

View on Facebook
30 April 2024 (Selasa) - Susulan pengumuman YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak, pihak pengurusan Yayasan Sarawak diketuai Pemangku Timbalan Pengarah (Pendidikan), Encik Watson Chunggat Leornard Doo telah melawat keluarga mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia Rohna di Kampung Engkaroh, Tebekang, Serian.⁣Berkesempatan bertemu ibu mertua mendiang, segala butiran peribadi dua anak mendiang yang diberikan akan didaftarkan dalam data Yayasan Sarawak bagi tujuan menanggung pendidikan mereka pada masa akan datang. Perkembangan dari segi pendidikan anak-anak mendiang akan dimaklumkan melalui bapa mereka.Premier Sarawak yang juga Pengerusi Yayasan Sarawak dalam lawatan beliau pada 28 April lalu mengumumkan Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak akan menanggung pendidikan kedua-dua anak mendiang sehingga ke peringkat pengajian tertinggi.⁣Turut hadir ialah Penolong Pengarah (Seksyen Korporat), Encik Jolly bin Marikan serta kakitangan Yayasan Sarawak. Disediakan oleh: Ahmad Jumadi bin Sabang (CorpComm)⁣Foto oleh: Muhamad Haziq bin Rahmatullah (CorpComm)Kementerian Pendidikan Malaysia Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak #LikeFollowShare #TLDM ... See MoreSee Less

2 weeks ago  ·  

View on Facebook
Permohonan Fasa 2 UPUOnline®️ untuk Sesi Akademik 2024/2025 kini dibukaPUTRAJAYA: Permohonan Fasa 2 UPUOnline®️ untuk Sesi Akademik 2024/2025 telah dibuka bagi pelajar yang berminat menyertai program Asasi, Sijil, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda di 20 Universiti Awam, 36 Politeknik, 105 Kolej Komuniti, dan 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam.Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan bahawa permohonan bagi kemasukan pelajar ke program Asasi, Sijil, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda dibuka bermula semalam, 29 April 2024, sehingga 9 Jun 2024. Katanya, permohonan ini terbuka untuk program pengajian yang tidak bertemu duga dan/atau ujian sahaja“Semua calon yang berkelayakan adalah dipelawa mengambil peluang ini bagi menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi. “Terdapat sebanyak 504 buah program pengajian ditawarkan kepada lepasan SPM dan 1,114 buah program pengajian ditawarkan kepada lepasan STPM/Setaraf oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA seluruh negara,” jelas kenyataan itu.Menurut KPT, calon boleh membuat pembelian Nombor PIN UPUOnline®️ melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 28 Februari 2024 sebelum mengemukakan permohonan.Tambahnya lagi, kaedah Bayaran Proses UPUOnline®️ boleh dilakukan menerusi BSN melalui 350 Kaunter Cawangan BSN, 700 Automatic Teller Machine (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN. “BSN akan mengeluarkan Nombor Pin UPUOnline®️ berserta salinan resit pembayaran,” ujarnya.Calon dinasihati untuk pastikan slip pembayaran sebagai bukti sah pembelian disimpan untuk rujukan. Bagi calon yang telah membuat pembelian nombor PIN pada Fasa 1 juga boleh mengemaskini permohonan ketika Fasa 2 ini.-Sarawak News ... See MoreSee Less

2 weeks ago  ·  

View on Facebook
29 April 2024 (Isnin) - Pada hari ini, 9 pelajar tajaan Yayasan Sarawak batch ke-2 di bawah Biasiswa Program Pertukaran Pelajar telah berjaya mendaftar di sekolah masing-masing. ⁣⁣⁣⁣Pegawai Yayasan Sarawak Cawangan Kuala Lumpur telah menyerahkan para pelajar kepada Guru Pengawas masing-masing di tujuh (7) buah sekolah iaitu Kolej Melayu Kuala Kangsar di Perak; SM Agama Persekutuan Labu dan Sekolah Dato' Abdul Razak di Negeri Sembilan; SM Sains Batu Pahat dan Sekolah Tun Fatimah di Johor; SM Sains Kuala Selangor di Selangor dan SM Sains Alam Shah di Kuala Lumpur.⁣⁣⁣Sehingga kini, seramai 159 pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) semasa dari pelbagai daerah dan etnik telah ditaja oleh Yayasan Sarawak meliputi Semenanjung, Sarawak dan Labuan.⁣Disediakan oleh: Ahmad Jumadi bin Sabang (CorpComm)⁣Foto oleh: Pejabat YS Cawangan KL⁣Kementerian Pendidikan MalaysiaJabatan Pendidikan Negeri Sarawak#LikeFollowShare ... See MoreSee Less

2 weeks ago  ·  

View on Facebook
Kerajaan Sarawak Prihatin Dengan Masa Depan Dua Anak Mendiang JoannaSERIAN: Prihatin terhadap nasib dan masa depan anak-anak mendiang Joanna Felicia Rohna, kedua-dua anaknya iaitu Allesia Felice Haslie dan Hovannes Haslie yang masing-masing berusia empat dan satu tahun akan didaftarkan di bawah Yayasan Sarawak. ... See MoreSee Less

2 weeks ago  ·  

View on Facebook
28 April 2024 (Ahad) - Majlis Perasmian Program Operasi Khidmat Masyarakat Optometrik (OPKOM) ke-31 telah disempurnakan oleh Pengarah Yayasan Sarawak, YBrs. Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli⁣ bertempat di Dewan Masyarakat, Kampung Santubong, Kuching, Sarawak.​​⁣Program yang dianjurkan Persatuan Mahasiswa Optometri, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertujuan untuk menyediakan pemeriksaan mata percuma di samping menyampaikan dan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat tentang penjagaan kesihatan mata.⁣Turut hadir bersama YBrs. Dr Mohd Harimi Abd Rahman, Ketua Jaringan Industri & Masyarakat, Fakulti Sains Kesihatan UKM dan YBrs. Tuan Haji Suhaili bin Kifli, Penghulu Kampung Santubong.⁣Disediakan oleh: Ahmad Jumadi bin Sabang (CorpComm)⁣Foto oleh: Mustafa Arif bin Kiphli (Pejabat Pengarah)⁣#LikeShareFollow#optometrist#universitikebangsaanmalaysia ... See MoreSee Less

2 weeks ago  ·  

View on Facebook