Untuk
Warga
YS
Language
Font Size A A A Color Green Blue Red
Sarawak Crest

FB Current News / Notice

Last updated on February 11th, 2025 at 10:43 am


Latest Posts

4 days ago

Yayasan Sarawak
Lawatan Pemantauan Program Pertukaran Yayasan Sarawak.SELANGOR, 9 Mei 2025 – Ketua Cawangan YSKL, Puan Bethsheba Nassa anak Mattson Attang, mengetuai lawatan pemantauan pelajar di bawah Program Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak di Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor. Lawatan bertujuan untuk menilai prestasi ademik dan kebajikan pelajar bagi meningkatkan keberkesanan program pada masa hadapan.Disediakan oleh: Jumadi (PC)Gambar: YSKLKementerian Pendidikan Malaysia#programpertukaranpelajar@top fans ... See MoreSee Less
View on Facebook

5 days ago

Yayasan Sarawak
Yayasan Sarawak di Hari Terbuka SwinburneKuching, 10 Mei 2025 – Hari ini, Yayasan Sarawak menyertai pameran sempena Hari Terbuka Swinburne University of Technology Sarawak.Mewakili Yayasan Sarawak, Puan Lee Chung Ching turut berkesempatan untuk memberi ceramah berkaitan dengan Bantuan Pendidikan yang disediakan oleh Yayasan Sarawak.Disediakan oleh: Jumadi (PC)Kredit Foto: Swinburne University of Technology Sarawak#pameranpendidikan ... See MoreSee Less
View on Facebook

6 days ago

Yayasan Sarawak
Kunjungan Hormat PETRONAS ke Yayasan Sarawak.WISMA ADENAN, 9 Mei 2025 - Pengarah Yayasan Sarawak, YBhg. Datu Mohamad Junaidi bin Mohidin telah menerima kunjungan hormat delegasi PETRONAS diketuai Pengurus Besar PETRONAS Sarawak, Puan Norazibah Md Rabu.Turut hadir Timbalan Pengarah (Operasi) Yayasan Sarawak, Encik Mohamad Adzlie bin Ibrahim, Pengurus Besar Pelaburan Modal Insan PETRONAS, Encik A. Munir Akram A. Faiz dan barisan pengurusan dari kedua-dua pihak.Sesi kunjungan menjurus kepada potensi kerjasama dalam pembangunan pendidikan dan modal insan di Sarawak selain memperkukuh hubungan strategik antara YS dan PETRONAS demi manfaat masyarakat setempat.Disediakan/gambar oleh: Jumadi (PC)#petronas #pendidikan #follower ... See MoreSee Less
View on Facebook

6 days ago

Yayasan Sarawak
Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Bulanan di Wisma AdenanWISMA ADENAN, 9 Mei 2025 – Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Bulanan anjuran Jawatankuasa Pengurusan Surau telah diadakan di Surau Al-Hidayah Yayasan Sarawak dan dipimpin oleh Saudara Muhamad Haziq bin Rahmatullah.Program ini bertujuan memupuk ukhuwah dan mendoakan keberkatan serta kesejahteraan semua warga kerja Yayasan Sarawak. Majlis turut dihadiri pihak pengurusan, pegawai kanan, wargakerja dan pelajar praktikal.JKP turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan makanan serta wang ringgit. Semoga segala kebaikan dibalas dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah SWT. Aamiin.Disediakan/gambar oleh: Jumadi (PC)#yasintahlil#Barakah ... See MoreSee Less
View on Facebook

7 days ago

Yayasan Sarawak
Lawatan Pemantauan Pelajar Program Pertukaran Yayasan Sarawak ke KelantanKELANTAN, 7-8 Mei 2025 - Yayasan Sarawak telah mengadakan lawatan pemantauan ke Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah dan Maahad Sains Tok Guru, Pengkalan Chepa.Lawatan ini bertujuan meninjau kebajikan dan pencapaian pelajar tajaan Yayasan Sarawak di bawah Program Pertukaran Pelajar.Diketuai Puan Suhana binti Ahmad, Yayasan Sarawak turut mengadakan sesi bersama pelajar serta pihak pentadbiran sekolah.Disediakan oleh: Jumadi (PC)Gambar: Suhana (YSKL)Kementerian Pendidikan Malaysia #programpertukaranpelajar#LikeFollowShare @top fans ... See MoreSee Less
View on Facebook

1 week ago

Yayasan Sarawak
Lawatan Pelajar Program Pertukaran Yayasan Sarawak.6-7 Mei 2025 - Satu program lawatan pemantauan telah dijalankan melibatkan pelajar Program Pertukaran Yayasan Sarawak di Negeri Sembilan dan Melaka. Lawatan tersebut diketuai Encik Nur Adli Arshad bin Gapar, Yayasan Sarawak Kuala Lumpur.Antara sekolah yang dilawati ialah MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan; MRSM Alor Gajah - Page Rasmi; @Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah (MOZAC) dan MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin. Lawatan ini turut memberi peluang kepada pegawai YS berinteraksi dengan pihak sekolah dan pelajar secara langsung bagi memantau prestasi akademik dan kebajikan pelajar.Disediakan oleh: Jumadi (PC)Gambar: Nur Adli (YSKL)Kementerian Pendidikan Malaysia #programpertukaranpelajar #LikeFollowShare #follower ... See MoreSee Less
View on Facebook

1 week ago

Yayasan Sarawak
Lawatan Pemantauan Pelajar Program Pertukaran Yayasan Sarawak Zon Semenanjung MalaysiaSELANGOR, 5 Mei 2025 - Satu lawatan pemantauan pelajar di bawah Program Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak telah dijalankan di dua buah sekolah di Semenanjung Malaysia.Lawatan ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak diketuai oleh Ketua Cawangan YS Kuala Lumpur, Puan Bethsheba Nassa anak Mattson Attang. Sementara itu, lawatan ke Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang diketuai oleh Puan Azira binti Omar.Lawatan ini bertujuan meninjau kebajikan dan prestasi akademik pelajar yang mengikuti program tersebut selain mengukuhkan hubungan antara pihak sekolah dan Yayasan Sarawak.Disediakan oleh: Jumadi (PC)Gambar: Suhana / Azira (YSKL)Kementerian Pendidikan MalaysiaINTEGOMBSMAP, LABU RASMI#programpertukaranpelajar#LikeFollowShare#follower ... See MoreSee Less
View on Facebook

2 weeks ago

Yayasan Sarawak
Yayasan Sarawak Sertai Pameran Lan Berambeh Anak Sarawak di UKLONDON, 3 Mei 2025 - Yayasan Sarawak telah menyertai Pameran Lan Berambeh Anak Sarawak UK Edition yang berlangsung di Royal Lancaster Hotel. Pameran ini yang turut dihadiri Pengarah Yayasan Sarawak, YBhg. Datu Mohamad Junaidi bin Mohidin menjadi medan pertemuan penting bersama diaspora Sarawak yang kini melanjutkan pengajian di luar negara.Turut hadir ke booth Yayasan Sarawak, YAB Premier Sarawak dan YB Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak.Disediakan oleh: Jumadi (PC)Gambar: Mahathir (YS London)Sarawak Student Association UK Sarawak Volunteers #SarawakVolunteer #lanberambehanaksarawak#pameranpendidikan#SarawakMajuMakmur#follower ... See MoreSee Less
View on Facebook

VISIT FACEBOOK