20 September 2024 | Jumaat | Kuala LumpurMajlis Penutupan Program Perkampungan Pelajar Yayasan Sarawak 2024 telah disempurnakan oleh Pemangku Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Sarawak, Encik Watson Chunggat Leornard Doo dan berlangsung di Hotel IDEAS, Kuala Lumpur.Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Adik Mohd Danish Fatullah daripada SMAP Kajang dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Penghulu Program, Adik Shahrizal bin Attan dari SMK Kemena. Tayangan video turut diadakan memaparkan detik-detik bermakna sepanjang program berlangsung. Encik Watson dalam ucapannya menekankan kepentingan program ini dalam membentuk jati diri dan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang terlibat.Majlis turut diserikan dengan persembahan kebudayaan oleh para peserta. Acara kemuncak ialah penyampaian sijil dan hadiah kepada peserta dan berakhir dengan sesi bergambar kenangan. Pengacara majlis pada malam ini ialah adik Amirah Annel binti Abdullah, adik Nurul Azzah Fazwiyah binti Ali dan adik Gabrel anak Barahim daripada Kolej PERMATA@Pintar Negara.Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Biasiswa, Program dan Bantuan), Encik Zamahari bin Haji Saidi, Penolong Pengarah (Seksyen Korporat), Encik Jolly bin Marikan, Wakil KPM, Cik Sulha binti Alias dan wakil MLNG PETRONAS Bintulu, Puan Azlin Yusuf.Semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan!✍🏻 Jumadi (CorpComm)📸 Haziq (Bayaran Balik) Kementerian Pendidikan MalaysiaJabatan Pendidikan Negeri SarawakKYS - Kumpulan Yayasan SabahMLNG PETRONAS Complex,BINTULU#programperkampunganpelajar#programpertukaranpelajar#programhipers... See MoreSee Less
NOTIS IKLAN TENDER YS INTERNATIONAL EDUCATION SDN BHDSenarai Iklan Tender1. YSIE/PJKCH/T/NO.1/2024 - Membekal, Menghantar, Memasang dan Menyelenggara Smartboard di Yayasan Sarawak International Secondary School (YSISS), Petra Jaya & KuchingYuran Document RM50.00 (tidak dikembalikan)Tarikh Mula Pengambilan/Penjualan Dokumen Tender: 19 September 2024 (Khamis)Tarikh Tutup dan Masa Penyerahan Dokumen Tender: 8 Oktober 2024 (Selasa), 12:00 Tengah HariUntuk sebarang pertanyaan, sila berhubung melalui 082-374300 untuk sebarang maklumat lanjut.Terima kasih. ... See MoreSee Less
18 September 2024 | Rabu | Wisma AdenanSeramai 50 orang murid asrama Tahun 5 dan Tahun 6 bersama-sama PIBG SK Kuala Annau, Tatau diketuai Encik Jeremy anak Banding, telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Yayasan Sarawak petang tadi.Ketibaan rombongan telah disambut mesra oleh pegawai dan kakitangan Yayasan Sarawak. Penolong Pengarah (Seksyen Program dan Bantuan), Encik Mahathir bin Mohamad telah memberikan taklimat berkaitan dengan Bantuan Kewangan Pendidikan Yayasan Sarawak kepada rombongan bertempat di Auditorium Yayasan Sarawak.✍🏻Jumadi (CorpComm)📸 Melissa (CorpComm)Jabatan Pendidikan Negeri SarawakSK KUALA ANNAU#LikeFollowShare... See MoreSee Less
18 September 2024 | Rabu | Wisma AdenanPengarah Yayasan Sarawak, YBrs. Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli hari ini menerima kunjungan hormat daripada Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Yusry Yusoff.Romobongan IBFIM turut disertai Pengarah, Jabatan Pembangunan & Usahasama Strategik, Cik Nuraini Hamid dan Pengarah, Perundingan Syariah, Ustaz Mohamad Salihin.✍🏻Jumadi (CorpComm)📸 Melissa (CorpComm)IBFIM#LikeFollowShare... See MoreSee Less
17 September 2024 | Selasa | SibuYayasan Sarawak sertai Pameran Sempena Hari Pendaftaran UTS Ambilan September 2024 bertempat di Hornbill 3, Tun Abdul Taib Mahmud Chancellor Hall, University of Technology Sarawak, Sibu.✍🏻 Jumadi (CorpComm)📸 Bethsheba (CorpComm)University of Technology Sarawak#LikeFollowShare... See MoreSee Less