Untuk
Warga
YS
Bahasa
Saiz Huruf A A A Warna Green Blue Red
Sarawak Crest

Pinjaman

Last updated on January 11th, 2024 at 04:32 pm

Tujuan
  • Menyediakan biasiswa pinjaman kepada pelajar yang layak untuk melanjutkan pengajian dalam negara di lnstitusi Pengajian Tinggi seperti berikut:
    1. Universiti Kerajaan (IPTA) kemasukan melalui Unit Pendaftaran Universiti (UPU).
    2. IPTS milik Kerajaan Sarawak:
      1. Curtin University Malaysia, Miri.
      2. Swinburne University of Technology Sarawak Campus, Kuching.
      3. University of Technology Sarawak (UTS), Sibu.
      4. Kolej Laila Taib (KLT), Sibu.
      5. i-CATS University College (i-CATS), Kuching.
Syarat
  • Anak Jati Sarawak (sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapa adalah orang Sarawak).
  • Warganegara Malaysia.
  • Pengajian sepenuh masa dan tidak mempunyai penaja.
  • Memperolehi kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM / peperiksaan setaraf dengannya.
  • Mengemukakan surat tawaran pinjaman PTPTN dan struktur yuran pengajian bagi memohon ‘Top-up’ untuk yuran pengajian sahaja.
  • Dua (2) orang penjamin yang mempunyai pekerjaan tetap dan umur tidak melebihi 60 tahun.
  • Bayaran balik pinjaman bermula mulai 12 bulan selepas tamat pengajian.
Bantuan
  • Pembayaran pertama akan dikeluarkan setelah penerimaan dokumen perjanjian yang lengkap.
  • Pembayaran seterusnya akan dikeluarkan setelah penerimaan salinan keputusan peperiksaan yang lengkap.
Permohonan
Tujuan
  • Menyediakan pinjaman kepada pelajar yang layak, bagi membiayai sebahagian kos pengajian di luar negara.
Syarat
  • Anak Jati Sarawak (sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapa adalah orang Sarawak).
  • Warganegara Malaysia.
  • Keutamaan diberikan kepada kursus yang tidak terdapat di dalam negara.
  • Kursus dan universiti diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  • Memperolehi kepujian / kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM / peperiksaan setaraf dengannya.
  • Mengemukakan cagaran hartanah dan dua (2) orang penjamin.
  • Tidak mempunyai penaja.
  • Bayaran balik pinjaman bermula mulai enam (6) bulan selepas tamat pengajian.
Bantuan
  • Kadar pinjaman diluluskan tertakluk kepada yuran pengajian.
  • Terhad kepada maksima RM100,000.00 setahun dan RM400,000.00 untuk sepanjang tempoh pengajian 4 tahun dan ke atas.
Permohonan
Tujuan
  • Menyediakan biasiswa pinjaman kepada anak Sarawak yang beminat mengikuti kursus teknikal di mana-mana lnstitusi Latihan Kemahiran / Teknikal Tempatan di bawah panel Yayasan Sarawak.
Syarat
  • Anak Jati Sarawak (sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapa adalah orang Sarawak).
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 16 tahun hingga 30 tahun.
  • Berminat mengikuti latihan secara sepenuh masa.
  • Keutamaan kepada pelatih yang tidak berpeluang atau gagal melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi.
  • Bayaran balik pinjaman bermula mulai enam (6) bulan selepas tamat Latihan.
Bantuan
  • Membiayai yuran latihan / kursus sepanjang tempoh pengajian dengan maksimum RM10,000 setahun.
Tujuan
  • Pinjaman kepada pelajar yang mengikuti pengajian sepenuh masa dalam bidang Kejuruteraan & Ukur Bahan di IPTA/IPTS terpilih dalam Sarawak.
Syarat
  • Permohonan di buka sepanjang tahun.
  • Anak jati Sarawak iaitu salah seorang ibu atau bapa orang Sarawak.
  • Pengajian sepenuh masa dan tidak mempunyai penaja.
  • Mengemukakan surat tawaran pinjaman PTPTN bagi memohon ‘Top-up’ untuk yuran pengajian.
  • Dua (2) orang penjamin yang mempunyai pekerjaan tetap dan umur tidak melebihi 55 tahun.
  • Bayaran balik pinjaman selepas dua belas (12) bulan tamat pengajian.
Pembayaran
  • Pembayaran pertama akan dikeluarkan setelah penerimaan dokumen perjanjian yang lengkap.
  • Pembayaran seterusnya akan dikeluarkan setelah penerimaan slip keputusan peperiksaan yang lengkap.