Untuk
Warga
YS
Bahasa
Saiz Huruf A A A Warna Green Blue Red
Sarawak Crest

Bantuan Pelajar ke IPT

Monday, 04 August 2025

Tujuan
  • Skim yang bertujuan mewujudkan integrasi nasional antara Semenanjung, Sarawak dan Sabah. Skim ini melibatkan penajaan dan penghantaran pelajar yang cemerlang ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di:
    • Sekolah Berasrama Penuh/Sekolah Berprestasi Tinggi serta Kolej GENIUS@Pintar Negara di Semenanjung Malaysia.
    • Sekolah-sekolah yang terpilih di Negeri Sarawak bagi pelajar dari Sabah dan Semenanjung.
    • Sekolah-sekolah yang terpilih di Negeri Sabah dan WP Labuan bagi pelajar dari Sarawak di bawah tajaan Yayasan Sabah.
Syarat
  • Warganegara Malaysia dan tiada penajaan/biasiswa lain.
  • Lulus Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
  • Mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh/Sekolah Berprestasi Tinggi atau Kolej GENIUS@Pintar Negara.
  • Merangkumi Pelajar Sarawak yang lahir dan bermastautin di Sarawak ke Semenanjung dan Labuan, Pelajar Sabah yang lahir dan bermastautin di Sabah ke Sarawak, Pelajar Semenanjung yang lahir dan bermastautin di Semenanjung ke Sarawak.
Bantuan
  • Yuran, elaun buku dan alatulis, pakaian seragam sekolah/pakaian seragam persatuan, keperluan rasmi dan wang saku.
  • Tiket penerbangan pergi dan balik setahun sekali.
Tujuan
  • Program kemasyarakatan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai kepentingan Pendidikan untuk anak-anak dan peluang-peluang Pendidikan yang disediakan bagi melanjutkan Pelajaran di universiti-universiti di bawah Yayasan Sarawak.
  • Kumpulan sasaran adalah:
    • Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah.
    • Ibu bapa, Belia lepasan sekolah, Pemimpin Masyarakat dan komuniti setempat
Komponen Program
  • Ekspo Pendidikan Sarawak.
  • Program Hari Kerjaya dan Pendidikan.
  • Program Kesedaran Pendidikan.
  • My University My Choice.
Perlaksanaan Program
  • Melalui kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Residen dan Pejabat Daerah.
Tujuan
  • Meringankan bebanan kewangan ibubapa dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.
Syarat
  • Terbuka kepada semua murid yang layak berdasarkan data e-Kasih.
  • Murid Tahun 1 dan Tingkatan 1.
  • Murid berkeperluan khas (OKU).
  • Murid-murid Penan.
  • Disahkan oleh Focus Group Daerah.
Bantuan
Permohonan
  • Pihak sekolah mengenalpasti pelajar yang layak, disalurkan melalui Pejabat Pendidikan Daerah untuk dibentang dan disahkan oleh Focus Group Daerah. Senarai dihantar melalui Pejabt Residen untuk dipertimbangkan Yayasan Sarawak.
Tujuan
  • Meningkatkan prestasi Sekolah Rendah dan Menengah terpilih di luar bandar.
  • Merapatkan jurang pencapaian sekolah di bandar dan luar bandar.
Komponen Program
  • Bimbingan Akademik.
  • Perkhemahan.
  • Motivasi.
  • Hari Jalinan Mesra Sekolah dan Ibu Bapa.
  • Majlis Apresiasi Sekolah.
Perlaksanaan
  • Sebagai program sokongan melalui kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri.
Tujuan
  • Inisiatif perintis Kerajaan Sarawak untuk mensejahterakan dan meringankan beban rakyat, khususnya yang berpendapatan rendah.
Syarat
  • Murid-murid kategori B40 (Keluarga berpendapatan isi rumah di bawah RM3,720.00 sebulan).
Perlaksanaan
  • Murid-murid yang layak akan dibekalkan kad QR.
  • Kad QR perlu di bawa oleh pelajar setiap kali naik dan turun bas untuk diimbas oleh operator bas sebagai rekod penggunaan perkhidmatan.
Permohonan
  • Permohonan perkhidmatan ini dikemukakan oleh pihak Sekolah.
  • Pihak sekolah akan mendaftar murid-murid yang layak ke dalam Sistem.
Tujuan
  • Meningkatkan GPMP Pelajar-Pelajar terutama mereka dalam kategori GALUS.
  • Meningkatkan GPMP Bagi Mata pelajaran Teras (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah).
  • Meningkatkan GPS Sekolah dan Negeri Sarawak.
Perlaksanaan
  • Melibatkan sekolah-sekolah menengah yang bukan dalam kategori sekolah berprestasi tinggi, Sekolah Berasrama Penuh, dan Sekolah di bawah program HiPERS.
  • Sekolah yang terlibat akan mengenalpasti pelajar-pelajar yang berkelayakan dilibatkan dalam inisiatif Kelas Tuisyen mengikut subjek.
  • Penyertaan pelajar dalam Kelas Tuisyen adalah secara sukarela.
  • Keutamaan adalah pelajar-pelajar Tingkatan 5 dalam kategori GALUS (‘borderline’) terutamanya mereka dalam kumpulan B40.
  • Tumpuan utama adalah untuk pelajar di Tingkatan 5 yang akan menduduki SPM.