Untuk
Warga
YS
Bahasa
Saiz Huruf A A A Warna Green Blue Red
Yayasan Sarawak
Sarawak Crest

Bayaran Balik Pinjaman

Yayasan Sarawak berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap peminjam yang gagal membayar pinjaman dalam jangka masa yang dijadualkan. Nama mereka juga akan disenaraikan di CTOS sebagai Penghutang Tegar. Yayasan Sarawak berhak untuk berkongsi maklumat peminjam kepada Agensi Penarafan Kredit sekiranya peminjam gagal membayar balik setelah mengeluarkan peringatan terakhir.

CATATAN: Sila rujuk Notis Bayaran Balik atau hubungi Seksyen Bayaran Balik di 082-441686.
Tujuan
  • Mendidik ke arah matlamat pembayaran balik pinjaman pelajaran.
    Tempoh Matang
    • Skim Pinjaman Latihan Teknikal (PTK) – 6 bulan selepas tamat pengajian.
    • Skim Pinjaman Pelajaran (dalam negara) – 12 bulan selepas tamat pengajian.
    • Skim Pinjaman Pelajaran (luar negara) – 6 bulan selepas tamat pengajian.
    • Tabung Pusingan – 8 bulan selepas penerimaan tawaran.
    Kaedah
    • Kaunter Yayasan Sarawak: Wisma Adenan, Aras 1, Jalan Sultan Tengah, Kuching.
    • Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN): Kemukakan nama penuh, nombor MyKad, nombor rujukak pinjaman dan Skim Pinjaman Pelajaran.
    • Ejen Berdaftar Bank Simpanan Nasional (EB BSN): Kemukakan nama penuh, nombor MyKad dan nombor telefon (caj perkhidmatan RM1.00 akan ditanggung oleh peminjamn bagi setiap transaksi).
    • Potongan Gaji (Allotment): Sila berikan maklumat majikan anda iaitu nama penuh / alamat dan nombor telefon kepada Seksyen Bayaran Balik melalui emel ys@yayasansarawak.org.my ATAU faks ke 082-441686 ATAU surat rasmi.
    • Pembayaran pinjaman melalui pengeluaran simpanan KWSP (Account 2).
    • JANGAN GUNA MESIN DEPOSIT TUNAI (CASH DEPOSIT MACHINE) UNTUK BAYARAN.
    • Pembayaran Pinjaman Secara Online melalui:

      CIMB Bank > Klik Pay Bills > Carian Yayasan Sarawak > Masuk Nama Penuh Peminjam dan Nombor MyKad > Masuk Amaun.

      Maybank2u > Klik Bill Payment > Make One-Off Payment > Pilih Senarai – Education and Education Loan > Pilih Yayasan Sarawak > Masuk Nombor MyKad Peminjam & Nama Penuh> Masuk Amaun.

      RHB Bank > Klik BillPay > Other Billers > Carian Yayasan Sarawak > Masuk Nombor MyKad Peminjaman dan Nama Penuh > Masuk Amaun.

    Bayaran melalui JomPAY CIMB Bank (Biller Code: 7773):
    Bayaran dalam talian melalui Perbankan Internet dan Aplikasi telefon mudah alih melalui akaun semasa, akaun simpanan atau kad kredit (PERHATIAN: pembayaran melalui kad kredit akan dikenakan yuran perkhidmatan yang akan ditanggung peminjam sendiri).

    Biller Code: 7773
    Ref-1 : < Nombor MyKad >
    Ref-2 : < Nombor Telefon atau Emel >

    *** Peminjam disarankan untuk memantau pembayaran sendiri dengan menyimpan salinan resit pembayaran mereka.
    *** Peminjam juga disarankan untuk mengemaskini Seksyen Bayaran Balik untuk nombor telefon, e-mel dan alamat terkini.

    Tujuan
    • Untuk memberi penghargaan kepada pelajar yang mencapai kecemerlangan akademik.
    Insentif
    • Peminjam layak untuk memohon insentif berdasarkan konsistensi dalam pembayaran balik pinjaman dan tertakluk kepada terma dan syarat seperti berikut:

      • Skim Pinjaman Pelajaran (dalam negara)
        • 75% insentif: CGPA 3.50 & ke atas.
        • 50% insentif: CGPA 3.00 – 3.49 ATAU pelajar perubatan penyelidikan Pascasiswazah yang berjaya menamatkan pengajian.
      • Skim Pinjaman Pelajaran (luar negara)
        • 25% insentif: Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama ATAU pelajar Perubatan yang berjaya menamatkan pengajian.
      • Skim Pinjaman Latihan Teknikal (PTK)
        • 50% insentif kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian.
      • Skim Biasiswa Pinjaman Foundation in Engineering
        • 50% insentif kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dan terus melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda Kejuruteraan (untuk pelajar Bumiputra sahaja).
      • Skim Pinjaman Program Penerbangan
        • 25% insentif kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian.

    • Pembayaran Balik Pinjaman Sekaligus
      • 25% daripada baki tertunggak tertakluk pada tamat pengajian mereka.
      • Dalam tempoh pembayaran balik.

    * Peminjam akan menghantar permohonan bertulis dan diemail ke ys@yayasansarawak.org.my ATAU faks ke 082-440035 ATAU dihantar ke:

    YAYASAN SARAWAK
    WISMA ADENAN,
    JALAN SULTAN TENGAH, PETRA JAYA,
    93050 KUCHING, SARAWAK.

    dan berikan kepada Seksyen Bayaran Balik salinan Sijil Tamat Pengajian dan Transkrip Akademik untuk rujukan.

    * Yayasan Sarawak berhak menarik balik insentif yang diberikan sekiranya pembayaran tidak dilakukan dalam jangka waktu yang dijadualkan.
    * Peminjam akan membayar balik pinjaman sekaligus sekiranya tidak berjaya menamatkan pengajian.

    Latar Belakang
    • Dimaklumkan Yayasan Sarawak dan HIED adalah DUA BADAN BERBEZA dan BERLAINAN NOMBOR AKAUN.  Peminjam HiED DIINGATKAN agar tidak membayar ke akaun Yayasan Sarawak.
      Kaedah
      • Wang tunai di Kaunter Aras 1, Yayasan Sarawak, Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah, Kuching (sila maklumkan kepada petugas kaunter bahawa anda adalah peminjam HiED);
      • Cek/Deraf Bank/Kiriman Wang Pos berpalang atas nama “SARAWAK HIGHER EDUCATION FUND CHARITABLE TRUST”. Bayaran terus ke Pejabat Pos adalah untuk pelajar tajaan YAYASAN SARAWAK sahaja. Bagi pelajar tajaan HiED, pelajar perlu membeli Wang Pos ataupun Kiriman Wang;
      • Arahan Tetap Bank (Standing Instruction) atau pun melalui Perbankan Internet (Open Transfer to 3rd Party Account) ke akaun HiED di RHB Bank, Nombor Akaun 2-11212-0000855-5. Dokumen sokongan perlu dikemukakan kepada Sekretariat HiED setiap kali IBG/IBK dibuat. Sila pastikan anda menulis nama peminjam dan No Kad Pengenalan di atas slip dan difaks ke nombor 082-440023 atau emel terus (dalam bentuk pdf file) kepada nola@yayasansarawak.org.my;
      • Bayaran melalui laman sesawang paybillsmalaysia.com di bawah Billers YAYASAN SARAWAK dan sila pilih SARAWAK HIGHER EDUCATION FUND LOAN (HiED) bagi pelajar tajaan HiED;
      • Pemotongan gaji (allotment) melalui majikan; DAN
      • Pengeluaran Akaun 2 KWSP (peminjam peringkat Diploma ke atas sahaja).

      Adalah dimakluman juga, bermula Mei 2018 bayaran menggunakan Cash Deposit Machine dari mana-mana cawangan RHB Bank adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali. Jika anda pernah membuat pembayaran menggunakan kaedah ini, pihak kami tidak akan bertanggungjawab kepada bayaran yang telah dibuat melainkan anda mengemukakan salinan slip bayaran yang jelas untuk semakan dan pengeluaran rekod rasmi

      Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut anda boleh berhubung dengan Puan Nola ak Jimat di talian 082-441686 sambungan kepada Seksyen HiED atau pun berhubung terus melalui emel nola@yayasansarawak.org.my