Menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang yang mengikuti kursus dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) sahaja.
Syarat
Anak Jati Sarawak (sama ada ibu atau bapa atau kedua-duanya kelahiran Sarawak).
Pelajar Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di IPTA dan IPTS terpilih di dalam negara dengan CGPA 3.0 ke atas. (Pengajian Sepenuh Masa)
Pelajar Ijazah Lanjutan (Sarjana, PhD & Kepakaran) yang mengikuti pengajian di IPT di dalam dan luar negara dalam bidang penyelidikan sahaja. (Pengajian Sepenuh Masa)
(Nota: Untuk Sesi 2021/2022, pengambilan hanya untuk pengajian di Institusi Dalam Negara SAHAJA.)
Bantuan
Kerja Kursus:
Pengajian Ijazah Pertama dalam negara sahaja.
Pengajian Sarjana dan PhD di dalam dan luar negara. (Nota: Untuk Sesi 2021/2022, pengambilan hanya untuk pengajian di Institusi Dalam Negara SAHAJA.)
Keutamaan kepada senarai tawaran kursus dan lulus temuduga.
Permohonan dibuka setahun sekali melalui iklan tawaran.
Penyelidikan:
Peringkat Sarjana, PhD dan Kepakaran di dalam dan luar negara.
Permohonan dibuka sekali setahun melalui iklan dan akan diterbitkan di Laman Sesawang Yayasan Sarawak, Media Sosial Rasmi Yayasan Sarawak dan Suratkhabar Tempatan.
Menyediakan biasiswa kepada pelajar yang mengikuti kursus bukan bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) sahaja.
Mengikuti pengajian peringkat Sarjana Muda di universiti tempatan sahaja. (Pengajian Sepenuh Masa)
Mengikuti pengajian peringkat Sarjana /PhD di dalam dan luar negara. (Pengajian Sepenuh Masa)
Syarat
Anak Jati Sarawak (sama ada ibu atau bapa atau kedua-duanya kelahiran Sarawak).
Pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya Gred B dan ke atas pada setiap subjek di peringkat STPM.
Memperolehi CGPA/PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Diploma / Matrikulasi / A-Level dan Ijazah Sarjana Muda.
Bantuan
Ijazah Sarjana Muda:
Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Kertas Projek, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Amali & Elaun Tesis.
Ijazah Lanjutan (Sarjana & PhD):
Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Tesis & Elaun Pengajian Akhir.
Tiket penerbangan pergi-balik (sekali setahun dalam negara dan sekali sepanjang kursus untuk luar negara).
Permohonan
Permohonan dibuka sekali setahun melalui iklan dan akan diterbitkan di Laman Sesawang Yayasan Sarawak, Media Sosial Rasmi Yayasan Sarawak dan Suratkhabar Tempatan.
Membantu membiayai kos peringkat awal pelajar yang memulakan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi.
Syarat
Pemohon mestilah warganegara Malaysia (Anak Jati Sarawak).
Terbuka kepada pelajar untuk semester satu (1) sahaja.
Mengikuti mod pengajian sepenuh masa.
Mengikuti pengajian di Institusi Latihan Kemahiran/Teknikal anjuran kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi Awam, Curtin Miri, Swinburne Kuching, UTS Sibu, Kolej Laila Taib Sibu dan i-CATS University College.
Ibubapa / penjaga pelajar mempunyai pendapatan perkapita RM1,500.00 dan ke bawah.
Hanya meliputi kemasukan peringkat Sijil / Matrikulasi / Asasi / Pra Diploma / Diploma / Ijazah Sarjana Muda.
Bantuan
Geran bantuan tidak perlu dibayar balik ini adalah seperti berikut:
Dalam Sarawak : RM1,000.00
Luar Sarawak : RM1,500.00