Menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang yang mengikuti kursus dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) sahaja.
Syarat
Anak Jati Sarawak (sama ada ibu atau bapa atau kedua-duanya kelahiran Sarawak).
Pelajar Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di IPTA dan IPTS terpilih di dalam negara dengan CGPA 3.0 ke atas. (Pengajian Sepenuh Masa)
Pelajar Ijazah Lanjutan (Sarjana, PhD & Kepakaran) yang mengikuti pengajian di IPT di dalam dan luar negara dalam bidang penyelidikan sahaja. (Pengajian Sepenuh Masa)
(Nota: Untuk Sesi 2021/2022, pengambilan hanya untuk pengajian di Institusi Dalam Negara SAHAJA.)
Bantuan
Kerja Kursus:
Pengajian Ijazah Pertama dalam negara sahaja.
Pengajian Sarjana dan PhD di dalam dan luar negara. (Nota: Untuk Sesi 2021/2022, pengambilan hanya untuk pengajian di Institusi Dalam Negara SAHAJA.)
Keutamaan kepada senarai tawaran kursus dan lulus temuduga.
Permohonan dibuka setahun sekali melalui iklan tawaran.
Penyelidikan:
Peringkat Sarjana, PhD dan Kepakaran di dalam dan luar negara.
Membantu membiayai kos peringkat awal pelajar yang memulakan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi.
Syarat
Pemohon mestilah warganegara Malaysia (Anak Jati Sarawak).
Terbuka kepada pelajar untuk semester satu (1) sahaja.
Mengikuti mod pengajian sepenuh masa.
Mengikuti pengajian di Institusi Latihan Kemahiran/Teknikal anjuran kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi Awam, Curtin Miri, Swinburne Kuching, UTS Sibu dan Kolej Laila Taib Sibu.
Ibubapa / penjaga pelajar mempunyai pendapatan perkapita RM1,500.00 dan ke bawah.
Hanya meliputi kemasukan peringkat Sijil / Matrikulasi / Asasi / Pra Diploma / Diploma / Ijazah Sarjana Muda.
Bantuan
Geran bantuan tidak perlu dibayar balik ini adalah seperti berikut:
Dalam Sarawak : RM1,000.00
Luar Sarawak : RM1,500.00