Yayasan Sarawak is at Swinburne University of Technology Sarawak.
5 days ago
Yayasan Sarawak Sertai Pameran & Ceramah di Swinburne Open DayKUCHING, 9 Ogos 2025 – Yayasan Sarawak telah turut serta dalam Pameran dan Ceramah sempena 'Swinburne Open Day' yang berlangsung di Future Student Lobby Block A, Kampus Swinburne dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.Ceramah telah disampaikan oleh Encik Liew Zhe Rong, Penolong Pengarah Seksyen Bayaran Balik, yang menerangkan pelbagai kemudahan serta proses bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan Sarawak.Ibu bapa dan pelajar tidak melepaskan peluang mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan pendidikan secara terus daripada petugas pameran.Disediakan oleh: Ahmad Jumadi SabangKredit gambar: Petugas Pameran#YayasanSarawak#Swinburne#PameranPendidikan#LikeFollowShare#follower... See MoreSee Less
Yayasan Sarawak added 7 new photos from August 7 at 2:00 AM.
1 week ago
PENGARAH YAYASAN SARAWAK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT ROMBONGAN SRATHWISMA ADENAN, 7 Ogos 2025 - Pengarah Yayasan Sarawak, YBhg. Datu Mohamad Junaidi bin Mohidin hari ini menerima kunjungan hormat daripada rombongan Sekolah Rendah Agama Tahfiz Hikmah (SRATH) di Bilik Alamanda, Aras 3, Wisma Adenan.Rombongan diketuai oleh YBhg. Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah bin Haji Zaidel, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi & Pembangunan) yang juga Pengerusi Pendidikan HIKMAH dan Naib Yang Dipertua HIKMAH.Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan peluang kerjasama strategik dalam bidang pendidikan serta memperkukuh usaha bersama ke arah pembangunan modal insan berkualiti di Sarawak.Disediakan / jurufoto oleh: Ahmad Jumadi Sabang#YayasanSarawakSekolah Rendah Tahfiz Hikmah#LikeFollowShare#follower... See MoreSee Less
LAST CALL!!! 🎓 TAWARAN BIASISWA SESI AKADEMIK 2025/2026✨ Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib✨ Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman📅 Tarikh Tutup Permohonan:Jumaat, 8 Ogos 2025⏰ Jam 4:00 Petang📌 Maklumat Lanjut & Permohonan:📲 Imbas QR Kod atau klik pautan di bawah:👉 yayasansarawak.org.my/.../notis-tawaran-biasiswa.../📧 Sebarang pertanyaan, hubungi kami di:scholarship@yayasansarawak.org.my📢 Jangan lepaskan peluang keemasan ini!Lengkapkan pengajian anda dengan tajaan biasiswa berprestij dari Yayasan Sarawak. ... See MoreSee Less
Yayasan Sarawak added 11 new photos from August 4 at 10:15 PM.
1 week ago
Yayasan Sarawak Terima Kunjungan Hormat Delegasi UMTWISMA ADENAN, 5 Ogos 2025 – Yayasan Sarawak hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Malaysia Terengganu (UMT).Delegasi yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Liew Hon Jung, Timbalan Pengarah Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP), UMT, telah disambut mesra oleh Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Sarawak, Encik Watson Chunggat anak Leonard Doo, bersama pegawai kanan Bahagian Pendidikan Yayasan Sarawak.Turut hadir pegawai kanan akademik UMT bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam bidang pendidikan dan penajaan, khususnya bagi pelajar dari Sarawak.Disediakan / Jurufoto: Ahmad Jumadi Sabang#YayasanSarawakUMT - Universiti Malaysia Terengganu#LikeFollowShare#follower... See MoreSee Less
Yayasan Sarawak is at Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (Sarawak Syariah Judiciary Department).
2 weeks ago
Yayasan Sarawak Serta Pertandingan Karom Tiga Penjuru Anjuran JKSSKUCHING, 2 Ogos 2025 (Sabtu) - Yayasan Sarawak telah menyertai Pertandingan Karom Jemputan Berpasukan Tiga Penjuru anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) di Bilik Seminar Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak.Objektif pertandingan adalah untuk mengeratkan silaturrahim di dalam kalangan carrommers dari agensi/jabatan yang terlibat dalam pertandingan. Selain itu, sebagai persiapan terakhir pasukan karom JKSS sebelum menyertai pertandingan Karom di Perak pertengahan bulan ini. Tiga pasukan yang terlibat ialah Pejabat Mufti Sarawak, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak dan Yayasan Sarawak. Secara keseluruhannya, pasukan Yayasan Sarawak menduduki tempat kedua pertandingan tersebut setelah menjuarai dua kategori dari lima kategori yang dipertandingkan.Disediakan/Gambar oleh: Yantiska Mahmud#YayasanSarawak#pejabatmuftisarawak#kehakimansyariahsarawak#carromers#LikeFollowShare#follower... See MoreSee Less
Yayasan Sarawak added 20 new photos from August 1 at 8:15 AM.
2 weeks ago
Lawatan Penandarasan Naim Holdings Berhad ke Taska Tadika Yayasanku SarawakWISMA ADENAN, 1 Ogos 2025 – Naim Holdings Berhad telah mengadakan lawatan penandarasan ke Taska Tadika Yayasanku Sarawak (TTYS). Rombongan diketuai oleh YBhg. Datu Haji Azmi bin Haji Bujang.Sepanjang lawatan, rombongan telah diberi taklimat oleh Guru Besar TTYS, Puan Siti Noorlis binti Hassan mengenai pengurusan, aktiviti harian serta pendekatan pembelajaran yang diterapkan.Datu Azmi turut mengambil peluang mengadakan kunjungan ke atas Pengarah Yayasan Sarawak, YBhg. Datu Mohamad Junaidi bin Mohidin.Disediakan / Jurufoto oleh: Ahmad Jumadi Sabang#YayasanSarawak#taskatadikayayasankusayang#NAIMHoldings#LikeFollowShare#follower... See MoreSee Less
Yayasan Sarawak added 14 new photos from August 1 at 4:31 AM — at Dewan Suarah Sarikei.
2 weeks ago
Yayasan Sarawak Sertai Pameran Perkhidmatan Pesta Sarikei 2025 SARIKEI, 2 Ogos 2025 – Yayasan Sarawak telah mengambil bahagian dalam Pameran Perkhidmatan sempena Pesta Sarikei 2025 yang berlangsung selama tiga hari bermula 1 Ogos 2025. Program anjuran Pejabat Residen Bahagian Sarikei itu diadakan di Dewan Suarah Sarikei dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang setiap hari.Penyertaan Yayasan Sarawak dalam pameran ini bertujuan untuk menyebarluaskan maklumat mengenai program bantuan pendidikan, biasiswa serta inisiatif pendidikan kepada rakyat Sarawak. Para pengunjung juga berpeluang mendapatkan khidmat nasihat terus daripada pegawai Yayasan Sarawak yang bertugas sepanjang pameran berlangsung. Turut hadir mewakili Yayasan Sarawak ke majlis perasmian ialah Timbalan Pengarah (Pendidikan), Encik Watson Chunggat anak Leornard Doo. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia.JOM jumpa kami di Booth Yayasan Sarawak – hari terakhir pameran, jangan lepaskan peluang!Disediakan oleh: Ahmad Jumadi SabangKredit gambar: Petugas Pameran#YayasanSarawak#PameranPendidikan#sarikei#LikeFollowShare#follower... See MoreSee Less
#PENGUMUMANAssalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera,Dimaklumkan bahawa Permohonan Kemasukan ke Sekolah Khusus & MRSM Tingkatan 1 dan 4 bagi tahun 2026 telah dibuka mulai 1 Ogos 2025 (12.00 tengah malam) hingga 7 September 2025 (12.00 tengah malam).Pautan permohonan:🔹 Calon sekolah berdaftar dengan KPM:Tingkatan 1: spskt1.moe.gov.my/Tingkatan 4: spskt4.moe.gov.my/🔹 Calon sekolah swasta tidak berdaftar dengan KPM:mrsm.mara.gov.my/mymrsmSekian, terima kasih. 😊 ... See MoreSee Less