Untuk
Warga
YS
Bahasa
Saiz Huruf A A A Warna Green Blue Red
Sarawak Crest

Program dan Bantuan

Last updated on November 9th, 2023 at 12:15 pm

Tujuan
  • Skim yang bertujuan mewujudkan integrasi nasional antara Semenanjung, Sarawak dan Sabah. Skim ini melibatkan penajaan dan penghantaran pelajar yang cemerlang ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di:
    • Sekolah Berasrama Penuh/Sekolah Berprestasi Tinggi serta Kolej Permata Pintar di Semenanjung Malaysia.
    • Sekolah-sekolah yang terpilih di Negeri Sarawak bagi pelajar dari Sabah dan Semenanjung.
    • Sekolah-sekolah yang terpilih di Negeri Sabah dan WP Labuan bagi pelajar dari Sarawak di bawah tajaan Yayasan Sabah.
Syarat
  • Warganegara Malaysia dan tiada penajaan/biasiswa lain.
  • Lulus Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
  • Mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh/Sekolah Berprestasi Tinggi atau Kolej GENIUS@Pintar Negara.
  • Merangkumi Pelajar Sarawak yang lahir dan bermastautin di Sarawak ke Semenanjung dan Labuan, Pelajar Sabah yang lahir dan bermastautin di Sabah ke Sarawak, Pelajar Semenanjung yang lahir dan bermastautin di Semenanjung ke Sarawak.
Bantuan
  • Yuran, elaun buku dan alatulis, pakaian seragam sekolah/pakaian seragam persatuan, keperluan rasmi dan wang saku.
  • Tiket penerbangan pergi dan balik setahun sekali.
Tujuan
  • Program Kemasyarakatan bagi membantu dan menyedarkan masyarakat agar mengutamakan pendidikan sebagai pemangkin pembangunan keluarga. Kumpulan sasaran adalah:
    • Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah.
    • Ibu bapa, Belia lepasan sekolah & Pemimpin masyarakat.
Komponen Program
  • Jerayawara Pendidikan.
  • Program Kesedaran Pendidikan.
  • Program Jelajah ke IPT dan Institusi Teknikal.
Perlaksanaan Program
  • Melalui kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Dareah, Pejabat Residen dan Pejabat Daerah.
Tujuan
  • Meringankan bebanan kewangan ibubapa dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.
Syarat
  • Terbuka kepada semua murid yang layak berdasarkan data e-Kasih
  • Murid Tahun 1 dan Tingkatan 1
  • Murid berkeperluan khas (OKU)
  • Murid-murid Penan
  • Disahkan oleh Focus Group Daerah
Bantuan
Permohonan
  • Pihak sekolah mengenalpasti pelajar yang layak, disalurkan melalui Pejabat Pendidikan Daerah untuk dibentang dan disahkan oleh Focus Group Daerah. Senarai dihantar melalui Pejabt Residen untuk dipertimbangkan Yayasan Sarawak.
Tujuan
  • Inisiatif perintis Kerajaan Sarawak untuk mensejahterakan dan meringankan beban rakyat, khususnya yang berpendapatan rendah di bandar-bandar utama.
Perlaksanaan
  • Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma secara ‘hop-on hop-off’’ di Kuching dan pelajar atau murid boleh menaiki bas sekolah secara percuma di laluan-laluan yang telah ditetapkan (Sila rujuk Brosur Laluan Bas di bawah).
  • Bantuan Tambang Bas Sekolah untuk pelajar dan murid kategori B40 di Sibu, Bintulu dan Miri.
    Laluan Bas ‘Hop-on Hop-off di Kuching
    Tujuan
    • Meningkatkan prestasi Sekolah Rendah dan Menengah terpilih di luar bandar.
    • Merapatkan jurang pencapaian sekolah bandar dan luar bandar.
    Komponen Program
    • Bimbingan Akademik.
    • Perkhemahan.
    • Motivasi.
    • Lawatan.
    Perlaksanaan
    • Sebagai program sokongan melalui kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri
    Tujuan
    • Menggalakkan pelajar membina tabiat membaca secara berstruktur dalam pelbagai disiplin ilmu khususnya dalam bidang Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
    Komponen Program
    • Menyumbang bahan-bahan bacaan untuk diedarkan ke Sekolah Rendah dan Menengah yang terpilih di Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
    Tujuan
    • Insentif kepada pelajar yang telah mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam.
    • Menggalakkan pelajar berusaha dengan gigih untuk mencapai kecemerlangan akademik.
    Syarat
    • Sekolah Bandar: SPM=A dalam semua matapelajaran; STPM=4A atau CGPA 4.0
    • Sekolah Luar Bandar : SPM=minima 7A dan B dalam semua matapelajaran lain: STPM=CGPA 3.5 ke atas
    • Pelajar tidak perlu memohon. Senarai akhir penerima dilakukan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
    Bantuan
    • Hadiah dalam bentuk Sijil Simpanan Premium BSN dengan amaun seperti berikut:
      • SPM : RM500.00
      • STPM : RM700.00
    Tujuan
    • Pemberian Hadiah penghargaan kepada sekolah, kepimpinanya, guru, pelajar serta pegawai perkhidmatan pendidikan yang telah menunjukkan prestasi luar biasa menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan di negeri ini.
    • Menggalakkan kecemerlangan serta persaingan sihat di kalangan sekolah, pelajar dan staf perkhidmatan pendidikan
    Perlaksanaan
    • Sekolah mengemukakan pencalonan kepada Jabatan Pendidikan negeri
    • Penerima anugerah tidak layak untuk pencalonan sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 tahun berikutnya.
    • Terbuka kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
    Tujuan
    • Membantu Jabatan Pendidikan melaksanakan program-program khas yang dianggap kritikal tetapi tiada peruntukan dalam bajet tahunan mereka
    Program
    • Jabatan Pendidikan Negeri mengenalpasti program-program kritikal mereka berdasarkan bajet yang telah diluluskan
    • Semua program dikaji setiap tahun
    • Perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Pendidikan