Untuk
Warga
YS
Bahasa
Saiz Huruf A A A Warna Green Blue Red
Sarawak Crest

FB Berita Semasa / Notis

Last updated on October 31st, 2025 at 04:56 pm


Latest Posts

3 days ago

Yayasan Sarawak
Yayasan Sarawak Sertai Sambutan Hari Keluarga 2025KUCHING, 6 Disember 2025 — Yayasan Sarawak turut menyertai pameran Program Jelajah Pemerkasaan Wanita Sarawak 2025 Bahagian Kuching sempena Sambutan Hari Keluarga 2025 yang berlangsung di Metro City Convention Centre, Jalan Matang.Program yang berlangsung dari 7:30 pagi hingga 5:00 petang ini memberi peluang kepada para pengunjung mendapatkan maklumat terkini mengenai inisiatif pendidikan yang ditawarkan oleh Yayasan Sarawak selain menunjukkan sokongan berterusan terhadap usaha memperkasa wanita melalui pendidikan, latihan dan akses kepada peluang pembangunan.Program anjuran Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak ini disempurnakan oleh YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak. Disediakan oleh: Ahmad Jumadi SabangKredit gambar: Lee Chung Ching#yayasansarawak #pameranpendidikan ... See MoreSee Less
View on Facebook

5 days ago

Yayasan Sarawak
Lawatan Pemantauan Pelajar Tajaan Yayasan Sarawak di bawah Program Pertukaran Pelajar Zon SemenanjungRombongan Yayasan Sarawak yang diketuai oleh Ketua Cawangan, Puan Bethsheba Nassa anak Mattson Attang bersama kakitangan pejabat Kuala Lumpur telah mengadakan siri lawatan pemantauan pelajar di Semenanjung Malaysia. Program ini bertujuan memastikan kebajikan pelajar tajaan sentiasa terjaga di samping menilai perkembangan akademik serta penyesuaian mereka di sekolah masing-masing.Pada 1 Disember 2025, lawatan melibatkan MRSM Alor Gajah dan SM Sains Muzaffar Syah. Seterusnya pada 2 Disember 2025, rombongan meneruskan pemantauan ke MRSM Tun Ghafar Baba bagi meninjau prestasi dan keperluan pelajar tajaan di institusi tersebut.Lawatan diteruskan pada 3 Disember 2025 ke Maahad Sains Tok Guru dan MRSM Taiping. Keseluruhan sesi lawatan ini diharapkan dapat mengukuhkan hubungan antara Yayasan Sarawak, pihak sekolah, serta para pelajar dalam memastikan kecemerlangan akademik pelajar terus terjamin.Disediakan oleh: Ahmad Jumadi SabangKredit Foto: Bethsheba Nassa Mattson Attang#yayasansarawak #programpertukaranpelajar MRSM Alor Gajah - Page Rasmi SM Sains Muzaffar Syah MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin Maahad Sains Tok Guru #LikeFollowShare ... See MoreSee Less
View on Facebook

1 week ago

Yayasan Sarawak
Sekitar Majlis Perasmian CENTEXS DalatDALAT, 29 November 2025 – YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg telah merasmikan CENTEXS Dalat dalam satu majlis yang bersejarah.Hadir sama Pengarah Yayasan Sarawak, YBhg Datu Mohamad Junaidi bin Mohidin sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan pendidikan dan latihan kemahiran.Perasmian ini dijangka memperluas peluang latihan kepada masyarakat setempat serta menyumbang kepada peningkatan modal insan di kawasan Dalat.Disediakan oleh: Ahmad Jumadi SabangKredit Foto: Centre for Technology Excellence Sarawak#yayasansarawak #CENTEXS ... See MoreSee Less
View on Facebook

2 weeks ago

Yayasan Sarawak
TYT, wife to grace Yayasan Sarawak Gold Cup Football Championship 2025 closing ceremonyKUCHING, Nov 26: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, together with Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi will officiate the closing ceremony and witness the final match of the Yayasan Sarawak Gold Cup Football Championship 2025.According to a report by Sarawak Public Communications Unit (UKAS), the Championship will be held at the Sarawak Stadium on November 29 at 3pm.The announcement followed a courtesy call and presentation of official invitation letters to the Hed of State and his wife by a delegation from the tournament’s Organising Committee, led by Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Sarawak’s Minister of Tourism, Creative Industries and Performing Arts, and Minister of Youth, Sports and Entrepreneur Development.During the visit, Karim provided a detailed briefing on the tournament’s organisation and preparations for the final match.Also present were Datu Mohamad Junaidi Mohidin, director of Yayasan Sarawak, along with senior officials from the Sarawak Education Department, including Omar Mahli, Kwang Law, Johnny Rasit, Liew Guo Chen, and Jim Andrew Janggi. – DayakDailydayakdaily.com/tyt-wife-to-grace-yayasan-sarawak-gold-cup-football-championship-2025-closing-cere... ... See MoreSee Less
View on Facebook

2 weeks ago

Yayasan Sarawak
NOTIS GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIKDimaklumkan bahawa Ibu Pejabat Yayasan Sarawak, Wisma Adenan, Kuching sedang menghadapi masalah teknikal melibatkan sistem elektrik.Sehubungan itu, gangguan operasi dijangka berlaku bagi tempoh 3 hingga 4 jam sehingga kerja penyelenggaraan selesai.Untuk sebarang pertanyaan, sila emel ke ys@yayasansarawak.org.mySegala kesulitan amatlah dikesali. Pihak kami menghargai kesabaran dan kerjasama semua pihak.Terima kasih. ... See MoreSee Less
View on Facebook

3 weeks ago

Yayasan Sarawak
Lawatan Yayasan Sarawak ke Kolej PERMATA@Pintar Negara, SerembanNEGERI SEMBILAN, 21 November 2025 – Yayasan Sarawak telah mengadakan lawatan kerja ke Kolej PERMATA@Pintar Negara UKM Kampus Seremban yang beroperasi di Institut Pendidikan Guru Raja Melewar, Seremban. Lawatan ini diketuai oleh Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Sarawak, Encik Watson Chunggat Leornard Doo. Seramai 15 orang pelajar anak Sarawak yang mengikuti pengajian di kolej berkenaan turut diberi perhatian dalam sesi libat urus tersebut. Turut hadir ialah Encik Mohd Hakimi Zainal Abidin, Timbalan Pengarah Pusat PERMATA@Pintar Negara UKM Bangi, serta Puan Roslina Ahmad Faizal, Pengetua Kolej PERMATA@Pintar Negara Kampus Seremban.Disediakan oleh: Ahmad Jumadi SabangKredit gambar: Watson Chunggat#yayasansarawak Pusat PERMATApintar Negara UKM #programpertukaranpelajar ... See MoreSee Less
View on Facebook

3 weeks ago

Yayasan Sarawak
Lawatan Pemantauan Pelajar Yayasan Sarawak di SM Sains Alam ShahKUALA LUMPUR, 20 November 2025 - Yayasan Sarawak telah mengadakan lawatan pemantauan ke SM Sains Alam Shah, Cheras bagi bertemu tiga orang pelajar Sarawak di bawah Biasiswa Program Pertukaran Pelajar. Lawatan diketuai oleh Timbalan Pengarah (Pendidikan), Encik Watson Chunggat Leornard Doo.Empat lagi pelajar tidak dapat hadir kerana mengikuti sesi lawatan luar sekolah yang telah dijadualkan. Turut hadir dalam sesi perjumpaan tersebut ialah Encik Zuri Afizu bin Mat Jusoh, Penolong Kanan (Pentadbiran) SM Sains Alam Shah. Lawatan ini bertujuan memastikan kebajikan dan perkembangan pelajar terus dipantau dengan baik.Disediakan oleh: Ahmad Jumadi SabangKredit gambar: Watson Chunggat#yayasansarawak #programpertukaranpelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah #LikeFollowShare ... See MoreSee Less
View on Facebook

VISIT FACEBOOK

Kandungan laman web adalah sah pada 2025-12-09 13:21:39