Untuk
Warga
YS
Bahasa
Saiz Huruf A A A Warna Green Blue Red
Yayasan Sarawak
Sarawak Crest

Program dan Bantuan

Tujuan
  • Skim yang bertujuan mewujudkan integrasi nasional antara Semenanjung, Sarawak dan Sabah. Skim ini melibatkan penajaan dan penghantaran pelajar yang cemerlang ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di:
    • Sekolah Berasrama Penuh/Sekolah Berprestasi Tinggi serta Kolej Permata Pintar di Semenanjung Malaysia.
    • Sekolah-sekolah yang terpilih di Negeri Sarawak bagi pelajar dari Sabah dan Semenanjung.
    • Sekolah-sekolah yang terpilih di Negeri Sabah dan WP Labuan bagi pelajar dari Sarawak di bawah tajaan Yayasan Sabah.
Syarat
  • Mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh/Sekolah Berprestasi Tinggi atau Kolej Permata Pintar Negara.
  • Menduduki peperiksaan awam disekolah-sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan di negeri Sarawak.
  • Mendapat keputusan cemerlang UPSR atau PT3
  • Pelajar dari Sabah dipilih oleh Yayasan Sabah.
  • Keutamaan kepada pelajar dari keluarga kurang berada.
Bantuan
  • Yuran, buku dan alatulis serta elaun wang saku termasuk pakaian seragam sekolah/pakaian wajib yang dikenakan.
  • Tiket penerbangan pergi-balik setiap tahun.
Tujuan
  • Program Kemasyarakatan bagi membantu dan menyedarkan masyarakat agar mengutamakan pendidikan sebagai pemangkin pembangunan keluarga. Kumpulan sasaran adalah:
    • Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah.
    • Ibu bapa, Belia lepasan sekolah & Pemimpin masyarakat.
Komponen Program
  • Seminar Kecemerlangan Keibubapaan.
  • Seminar Kesedaran Pendidikan.
  • Ceramah motivasi dan akademik
  • Sesi Dialog bersama pelajar dan komuniti
  • Permainan dan khidmat masyarakat
Perlaksanaan Program
  • Melalui kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Dareah, Pejabat Residen dan Pejabat Daerah.
Tujuan
  • Meringankan bebanan kewangan ibubapa dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.
Syarat
  • Terbuka kepada semua murid yang layak berdasarkan data e-Kasih
  • Murid Tahun 1 dan Tingkatan 1
  • Murid berkeperluan khas (OKU)
  • Murid-murid Penan
  • Disahkan oleh Focus Group Daerah
Bantuan
  • Baucer bernilai RM200.00 unuk membeli pakaian seragam sekolah, kasut dan beg di kedai-kedai yang terlibat.
Permohonan
  • Pihak sekolah mengenalpasti pelajar yang layak, disalurkan melalui Pejabat Pendidikan Daerah untuk dibentang dan disahkan oleh Focus Group Daerah. Senarai dihantar melalui Pejabt Residen untuk dipertimbangkan Yayasan Sarawak.
Tujuan
  • Meningkatkan prestasi Sekolah Rendah dan Menengah terpilih di luar bandar.
  • Merapatkan jurang pencapaian sekolah bandar dan luar bandar.
Komponen Program
  • Akademik; keutamaan kepada matapelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik, Sains dan Sejarah
  • Bukan akademik: Motivasi, kokurikulum dan kepemimpinan
  • Penglibatan para ibu bapa
  • Kesedaran komuniti
Perlaksanaan
  • Sebagai program sokongan melalui kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri
Tujuan
  • Menggalakkan pelajar membina tabiat membaca secara berstruktur dalam pelbagai disiplin ilmu khususnya dalam bidang Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Komponen Program
  • Menyumbang bahan-bahan bacaan untuk diedarkan ke Sekolah Rendah dan Menengah yang terpilih di Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
Tujuan
  • Insentif kepada pelajar yang telah mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam.
  • Menggalakkan pelajar berusaha dengan gigih untuk mencapai kecemerlangan akademik.
Syarat
  • Sekolah Bandar: SPM=A dalam semua matapelajaran; STPM=4A atau CGPA 4.0
  • Sekolah Luar Bandar : SPM=minima 7A dan B dalam semua matapelajaran lain: STPM=CGPA 3.5 ke atas
  • Pemilihan akhir penerima hadiah dilakukan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
Bantuan
  • Hadiah dalam bentuk Sijil Simpanan Premium BSN dengan amaun seperti berikut:
    • SPM : RM500.00
    • STPM : RM700.00
Tujuan
  • Pemberian Hadiah penghargaan kepada sekolah, kepimpinanya, guru, pelajar serta pegawai perkhidmatan pendidikan yang telah menunjukkan prestasi luar biasa menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan di negeri ini.
  • Menggalakkan kecemerlangan serta persaingan sihat di kalangan sekolah, pelajar dan staf perkhidmatan pendidikan
Perlaksanaan
  • Sekolah mengemukakan pencalonan kepada Jabatan Pendidikan negeri
  • Penerima anugerah tidak layak untuk pencalonan sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 tahun berikutnya.
  • Terbuka kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
Tujuan
  • Membantu Jabatan Pendidikan melaksanakan program-program khas yang dianggap kritikal tetapi tiada peruntukan dalam bajet tahunan mereka
Program
  • Jabatan Pendidikan Negeri mengenalpasti program-program kritikal mereka berdasarkan bajet yang telah diluluskan
  • Semua program dikaji setiap tahun
  • Perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Pendidikan