Untuk
Warga
YS
Bahasa
Saiz Huruf A A A Warna Green Blue Red
Sarawak Crest

Program dan Bantuan

Last updated on August 4th, 2025 at 11:38 pm

Tujuan
  • Skim yang bertujuan mewujudkan integrasi nasional antara Semenanjung, Sarawak dan Sabah. Skim ini melibatkan penajaan dan penghantaran pelajar yang cemerlang ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di:
    • Sekolah Berasrama Penuh/Sekolah Berprestasi Tinggi serta Kolej GENIUS@Pintar Negara di Semenanjung Malaysia.
    • Sekolah-sekolah yang terpilih di Negeri Sarawak bagi pelajar dari Sabah dan Semenanjung.
    • Sekolah-sekolah yang terpilih di Negeri Sabah dan WP Labuan bagi pelajar dari Sarawak di bawah tajaan Yayasan Sabah.
Syarat
  • Warganegara Malaysia dan tiada penajaan/biasiswa lain.
  • Lulus Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
  • Mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh/Sekolah Berprestasi Tinggi atau Kolej GENIUS@Pintar Negara.
  • Merangkumi Pelajar Sarawak yang lahir dan bermastautin di Sarawak ke Semenanjung dan Labuan, Pelajar Sabah yang lahir dan bermastautin di Sabah ke Sarawak, Pelajar Semenanjung yang lahir dan bermastautin di Semenanjung ke Sarawak.
Bantuan
  • Yuran, elaun buku dan alatulis, pakaian seragam sekolah/pakaian seragam persatuan, keperluan rasmi dan wang saku.
  • Tiket penerbangan pergi dan balik setahun sekali.
Tujuan
  • Program kemasyarakatan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai kepentingan Pendidikan untuk anak-anak dan peluang-peluang Pendidikan yang disediakan bagi melanjutkan Pelajaran di universiti-universiti di bawah Yayasan Sarawak.
  • Kumpulan sasaran adalah:
    • Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah.
    • Ibu bapa, Belia lepasan sekolah, Pemimpin Masyarakat dan komuniti setempat
Komponen Program
  • Ekspo Pendidikan Sarawak.
  • Program Hari Kerjaya dan Pendidikan.
  • Program Kesedaran Pendidikan.
  • My University My Choice.
Perlaksanaan Program
  • Melalui kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Residen dan Pejabat Daerah.
Tujuan
  • Meningkatkan prestasi Sekolah Rendah dan Menengah terpilih di luar bandar.
  • Merapatkan jurang pencapaian sekolah di bandar dan luar bandar.
Komponen Program
  • Bimbingan Akademik.
  • Perkhemahan.
  • Motivasi.
  • Hari Jalinan Mesra Sekolah dan Ibu Bapa.
  • Majlis Apresiasi Sekolah.
Perlaksanaan
  • Sebagai program sokongan melalui kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri.
Tujuan
  • Untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar sebagai persediaan untuk melanjutkan Pelajaran di universiti.
  • Memberi peluang kepada pelajar melanjutkan pelajaran di peringkat asasi, diploma atau ijazah di universiti-universiti milik Yayasan Sarawak seperti Curtin University Malaysia (Miri), Swinburne University of Technology Sarawak (Kuching), University of Technology Sarawak (Sibu), i-CATS University College (Kuching), dan Kolej Laila Taib (Sibu).
  • Untuk mendedahkan pelajar ‘Pengalaman Tinggal di Kampus Universiti’ dimana mereka berpeluang untuk mengetahui peluang-peluang serta kemudahan-kemudahan yang ada di universiti milik Yayasna Sarawak.
Perlaksanaan
  • Khas untuk Lepasan SPM dan STPM.
  • Lepasan SPM dan STPM yang berminat boleh berhubung terus dengan pihak universiti milik Yayasan Sarawak untuk mendaftarkan diri mengikuti program ini.
  • Yuran Kursus adalah percuma.
  • Asrama juga disediakan secara percuma bagi peserta di luar Kawasan.
  • Elaun RM300 akan diberikan kepada peserta.
Tujuan
  • Pemberian Hadiah penghargaan kepada sekolah, kepimpinanya, guru, pelajar serta pegawai perkhidmatan pendidikan yang telah menunjukkan prestasi luar biasa menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan di negeri ini.
  • Menggalakkan kecemerlangan serta persaingan sihat di kalangan sekolah, pelajar dan staf perkhidmatan pendidikan.
Perlaksanaan
  • Sekolah mengemukakan pencalonan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
  • Penerima anugerah tidak layak untuk pencalonan sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 tahun berikutnya.
  • Terbuka kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
Tujuan
  • Bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang graduan Sarawak di IPTA dan juga IPTS (milik Yayasan Sarawak) di Negeri Sarawak.
Perlaksanaan
  • Pihak universiti akan mengemukakan pencalonan graduan yang cemerlang.
  • Penerima akan menerima Sijil Graduan Cemerlang serta hadiah wang tunai.
Tujuan
  • Membantu Jabatan Pendidikan melaksanakan program-program khas yang dianggap kritikal tetapi tiada peruntukan dalam bajet tahunan mereka.
Program
  • Jabatan Pendidikan Negeri mengenalpasti program-program kritikal mereka berdasarkan bajet yang telah diluluskan.
  • Semua program dikaji setiap tahun.
  • Perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Pendidikan.