Kegagalan membuat bayaran balik secara konsisten akan mendorong pihak Yayasan Sarawak mengambil tindakan undang-undang dan penyenaraian nama kepada pihak CTOS sebagai “Penghutang Ingkar Tegar”. Sekiranya gagal membayar setelah surat peringatan terakhir dikeluarkan, maka Yayasan Sarawak akan berkongsi maklumat kepada pihak Agensi Pelapor Kredit.
26 Julai 2024 | Jumaat | SibuYayasan Sarawak pagi tadi mengadakan Sesi Taklimat dan Majlis Penyerahan Surat Tawaran Biasiswa Pinjaman Latihan Teknikal kepada seramai 18 orang pelajar Akademi Pelita Maslaut, Sibu.Majlis telah disempurnakan oleh Pemangku Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Sarawak, Encik Watson Chunggat Leornard Doo.Turut hadir Encik Mohd Nazim bin Hj Masni, Pengurus Besar Kumpulan Pelita Maslaut.Bantuan ini bertujuan untuk menyokong anak Sarawak yang minat dalam bidang maritim di samping meningkatkan komitmen Yayasan Sarawak terhadap pembangunan tenaga kerja di Sarawak.Disediakan oleh: Jumadi (CorpComm)Gambar: Awangku Nasrullah (CorpComm)Pelita Maslaut Maritime Training Institution#LikeFollowShare... ExpandHide