Untuk
Warga
YS
Bahasa
Saiz Huruf A A A Warna Green Blue Red
Sarawak Crest

Perutusan

Last updated on November 1st, 2024 at 05:07 pm

Kata-Kata Aluan Pengerusi Yayasan Sarawak

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera;

Yayasan Sarawak merupakan satu agensi kerajaan yang terpenting di negeri ini dalam usaha menyumbang ke arah pembangunan pendidikan. Justeru itu, program-program serta skim-skim bantuan yang ditaja dan dikelola adalah bermatlamatkan pembangunan pendidikan. Seterusnya ia menjurus kepada pembangunan sumber manusia di negeri ini khasnya dan negara amnya.

Dalam hal ini, penyebaran maklumat berkenaan program-program dan skim-skim ini haruslah berkesan. Ianya harus mempunyai jangkauan sebeberapa jauh dan luas yang boleh. Pada zaman IT ini, kemudahan penyebaran maklumat tidak seharusnya menimbulkan masalah. Kita disajikan dengan pelbagai media, daripada media massa, elektronik dan kini internet.

Saya amat berbangga dengan usaha pihak pengurusan Yayasan Sarawak membangunkan homepage ini. Homepage ini merupakan satu kemajuan di dalam usaha Yayasan Sarawak menyebarkan maklumat di samping merapatkan hubungan dengan pelanggannya. Adalah menjadi harapan saya agar hasil usaha ini dapat dimanfaatkan oleh orang ramai, terutama sekali para pelajar.

Dalam pada itu, saya amat yakin Yayasan Sarawak akan terus berusaha untuk mempelbagaikan skim-skim bantuan pendidikan agar ianya dapat memenuhi keperluan pendidikan di negeri ini.

Sekian, terima kasih.

DATUK PATINGGI TAN SRI (DR) ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI BIN TUN DATUK ABANG HAJI OPENG
Premier Sarawak merangkap Pengerusi Yayasan Sarawak

Kata-Kata Aluan Pengarah Yayasan Sarawak

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Salam Sejahtera;

Saya berasa sangat teruja untuk mengalu-alukan kunjungan anda ke laman web Yayasan Sarawak di mana pelbagai maklumat mengenai semua jenis perkhidmatan yang kami tawarkan kepada pelanggan telah disediakan.

Kami telah menyenaraikan setiap perkhidmatan tersebut beserta dengan penerangan ringkas untuk memudahkan pemahaman anda mengenai perkhidmatan yang ditawarkan. Sila ambil masa anda untuk melayari sebarang perkhidmatan kami.

Pada masa kini, pendidikan dilihat sebagai faktor utama pembangunan ekonomi, sosial dan sumber tenaga manusia yang mampan. Dalam hal ini, pendidikan dianggap sebagai elemen asas bagi tujuan penstrukturan dan pengembangan kemahiran manusia menerusi pencapaian kelayakan, kemajuan teknologi, dan seterusnya berkemampuan memanfaatkan sumber tenaga manusia dalam sesebuah negara.

Kami di Yayasan Sarawak merasa bertuah di atas kepercayaan dan mandat yang telah diberikan oleh kerajaan negeri untuk bertindak sebagai fasilitator utama bagi tujuan penyampaian bantuan perkhidmatan pendidikan di negeri ini. Kami sentiasa komited untuk meningkatkan kualiti pendidikan secara aktif di negeri ini. Kami mahu semua kelompok masyarakat, tanpa mengira bangsa, kepercayaan atau keadaan untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya. Yakni, tiada seorangpun yang ketinggalan dalam pendidikan disebabkan oleh masalah kekurangan pendapatan isi rumah.

Sebagai sebuah organisasi yang berorientasikan perkhidmatan, kami juga memerlukan maklum balas daripada pelanggan kami untuk membantu kami meningkatkan kualiti perkhidmatan secara berterusan kepada pelanggan sepanjang masa.

Sekian, terima kasih.

DATU HAJI MERSAL BIN ABANG ROSLI
Pengarah Yayasan Sarawak