Untuk
Warga
YS
Language
Font Size A A A Color Green Blue Red
Sarawak Crest

News Updates

1 day ago

30 April 2024 (Selasa) - Susulan pengumuman YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak, pihak pengurusan Yayasan Sarawak diketuai Pemangku Timbalan Pengarah (Pendidikan), Encik Watson Chunggat Leonard Doo telah melawat keluarga mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia Rohna di Kampung Engkaroh, Tebekang, Serian.⁣Pertemuan dengan ibu mertua mendiang, segala butiran peribadi kedua anak mendiang yang diberikan akan didaftar dalam data Yayasan Sarawak bagi tujuan pembiayaan pendidikan mereka pada masa akan datang. Perkembangan anak-anak mendiang dari sudut pendidikan akan dimaklumkan melalui bapa mereka.⁣Premier Sarawak yang juga Pengerusi Yayasan Sarawak dalam lawatan beliau pada 28 April lalu mengumumkan Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak akan menanggung pendidikan kedua-dua anak mendiang sehingga ke peringkat pengajian tertinggi.⁣Turut hadir ialah Penolong Pengarah (Seksyen Korporat), Encik Jolly bin Marikan serta kakitangan Yayasan Sarawak. Disediakan oleh: Ahmad Jumadi bin Sabang (CorpComm)⁣Foto oleh: Muhamad Haziq bin Rahmatullah (CorpComm)Kementerian Pendidikan Malaysia Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak #LikeFollowShare #TLDM ... ExpandHide