Untuk
Warga
YS
Language
Font Size A A A Color Green Blue Red
Sarawak Crest

News Updates

4 hours ago

Permohonan Fasa 2 UPUOnline®️ untuk Sesi Akademik 2024/2025 kini dibukaPUTRAJAYA: Permohonan Fasa 2 UPUOnline®️ untuk Sesi Akademik 2024/2025 telah dibuka bagi pelajar yang berminat menyertai program Asasi, Sijil, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda di 20 Universiti Awam, 36 Politeknik, 105 Kolej Komuniti, dan 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam.Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan bahawa permohonan bagi kemasukan pelajar ke program Asasi, Sijil, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda dibuka bermula semalam, 29 April 2024, sehingga 9 Jun 2024. Katanya, permohonan ini terbuka untuk program pengajian yang tidak bertemu duga dan/atau ujian sahaja“Semua calon yang berkelayakan adalah dipelawa mengambil peluang ini bagi menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi. “Terdapat sebanyak 504 buah program pengajian ditawarkan kepada lepasan SPM dan 1,114 buah program pengajian ditawarkan kepada lepasan STPM/Setaraf oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA seluruh negara,” jelas kenyataan itu.Menurut KPT, calon boleh membuat pembelian Nombor PIN UPUOnline®️ melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 28 Februari 2024 sebelum mengemukakan permohonan.Tambahnya lagi, kaedah Bayaran Proses UPUOnline®️ boleh dilakukan menerusi BSN melalui 350 Kaunter Cawangan BSN, 700 Automatic Teller Machine (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN. “BSN akan mengeluarkan Nombor Pin UPUOnline®️ berserta salinan resit pembayaran,” ujarnya.Calon dinasihati untuk pastikan slip pembayaran sebagai bukti sah pembelian disimpan untuk rujukan. Bagi calon yang telah membuat pembelian nombor PIN pada Fasa 1 juga boleh mengemaskini permohonan ketika Fasa 2 ini.-Sarawak News ... ExpandHide