Yayasan Sarawak reserves the right to take legal action against borrowers’ who fails to repay loans within their scheduled period. Their names will also be listed on CTOS as Hardcore Debtors. Yayasan Sarawak has the right to share borrowers’ information to the Credit Rating Agency if a borrower fails to repay after issuing the final reminder.
YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK DAN ISTERI BERANGKAT MENYEMPURNAKAN PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH PIALA EMAS YAYASAN SARAWAK 2025KUCHING, 29 November – Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi, hari ini berkenan berangkat menyaksikan perlawanan akhir serta menyempurnakan Majlis Penutupan Kejohanan Piala Emas Rebutan Yayasan Sarawak 2025 di Stadium Negeri.Hadir bersama TYT Tun Pehin Sri dan YABhg Toh Puan ialah anakanda, Sharifah Fariah dan Sharifah Nong-Jasima, bersama suami Encik Hakeem.Ketibaan Tun Pehin Sri dan Toh Puan pada jam 3.40 petang disambut oleh YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED). Turut hadir Encik Omar bin Haji Mahli, Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, bersama isteri Puan Evaida binti Kassim Ramli; Encik Watson Chunggat, Timbalan Pengarah Pendidikan mewakili Pengarah Yayasan Sarawak; Dr. Majelan bin Sulong, Pegawai Pendidikan Daerah Kuching; serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Pendidikan Sarawak.Sejurus tiba, TYT Tun Pehin Sri berkenan meluangkan masa bersalaman dengan para tetamu di astaka utama serta melambai ke arah para penonton yang hadir memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing.Usai perlawanan akhir, TYT Tun Pehin Sri berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi kategori Anugerah Fair Play, Anugerah Pemain Harapan, Anugerah Penjaring Terbanyak, Anugerah Pemain Perpaduan, Anugerah Penjaga Gol Terbaik Perlawanan Akhir, Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir, serta penyampaian hadiah tempat ke-4 hingga johan.Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Rebutan Yayasan Sarawak 2025 berlangsung bermula 25-29 November 2025 telah menghimpunkan 12 pasukan MSS Bahagian seluruh Sarawak, dengan penyertaan lebih 240 pemain bawah 16 tahun dan 101 pegawai pasukan sekaligus menjadi platform pembangunan bakat muda serta mengukuhkan ekosistem sukan khususnya bola sepak peringkat negeri. Pada edisi kali ini, pasukan dari MSS Bahagian Kuching telah muncul sebagai juara apabila menewaskan juara bertahan iaitu MSS Bahagian Serian dalam perlawanan akhir berlangsung penuh aksi dan persaingan sengit yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan. Dalam kesempatan tersebut, TYT Tun Pehin Sri menyampaikan penghargaan kepada pihak penganjur, para jurulatih, pegawai pasukan serta semua yang telah menjayakan kejohanan, sebagai tanda sokongan terhadap usaha mencungkil potensi atlet muda Sarawak.TYT Tun Pehin Sri dan Toh Puan seterusnya berkenan merakam gambar kenangan bersama tetamu kenamaan serta pasukan juara sebelum berangkat pulang.TAMATFoto: Astana Sarawak ... See MoreSee Less