Untuk
Warga
YS
Language
Font Size A A A Color Green Blue Red
Sarawak Crest

News Updates

59 minutes ago

20 September 2024 | Jumaat | Kuala LumpurMajlis Penutupan Program Perkampungan Pelajar Yayasan Sarawak 2024 telah disempurnakan oleh Pemangku Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Sarawak, Encik Watson Chunggat Leornard Doo dan berlangsung di Hotel IDEAS, Kuala Lumpur.Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Adik Mohd Danish Fatullah daripada SMAP Kajang dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Penghulu Program, Adik Shahrizal bin Attan dari SMK Kemena. Tayangan video turut diadakan memaparkan detik-detik bermakna sepanjang program berlangsung. Encik Watson dalam ucapannya menekankan kepentingan program ini dalam membentuk jati diri dan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang terlibat.Majlis turut diserikan dengan persembahan kebudayaan oleh para peserta. Acara kemuncak ialah penyampaian sijil dan hadiah kepada peserta dan berakhir dengan sesi bergambar kenangan. Pengacara majlis pada malam ini ialah adik Amirah Annel binti Abdullah, adik Nurul Azzah Fazwiyah binti Ali dan adik Gabrel anak Barahim daripada Kolej PERMATA@Pintar Negara.Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Biasiswa, Program dan Bantuan) Encik Zamahari bin Haji Saidi dan Penolong Pengarah (Seksyen Korporat), Encik Jolly bin Marikan.Semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan!✍🏻 Jumadi (CorpComm)📸 Haziq (Bayaran Balik) Kementerian Pendidikan MalaysiaJabatan Pendidikan Negeri SarawakKYS - Kumpulan Yayasan Sabah #programperkampunganpelajar#programpertukaranpelajar#programhipers ... ExpandHide