Yayasan Sarawak reserves the right to take legal action against borrowersβ who fails to repay loans within their scheduled period. Their names will also be listed on CTOS as Hardcore Debtors. Yayasan Sarawak has the right to share borrowersβ information to the Credit Rating Agency if a borrower fails to repay after issuing the final reminder.
14 November 2024 | Khamis | KuchingKUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YBHG. DATU DR. HAJI AZHAR BIN HAJI AHMAD, PENGARAH PENDIDIKAN SARAWAK.Mewakili Yayasan Sarawak, Pemangku Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Infra Pendidikan), Encik Jolly bin Marikan petang tadi telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Pendidikan Sarawak, YBhg Datu Dr. Haji Azhar bin Haji Ahmad yang juga merupakan Ahli Lembaga Amanah Yayasan Sarawak. Kunjungan tersebut bersempena bertujuan untuk menyerahkan kek dan cenderahati sempena Hari Lahir Datu Dr. Azhar pada esok hari, 15 November 2024 yang juga merupakan hari persaraan wajib bagi beliau.Datu Dr. Azhar telah memegang jawatan sebagai Pengarah Pendidikan Sarawak selama hampir lima tahun bermula 2018 hingga Mac 2020 dan dari Mac 2022 hingga 14 November 2024 yang secara tidak langsung menjadi Ahli Lembaga Amanah Yayasan Sarawak. Yayasan Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Datu Dr. Azhar atas sumbangan besar beliau dalam memartabatkan dan memperkasakan pendidikan di SarawakSemoga Allah SWT mengurniakan Datu Dr. Azhar kesihatan yang baik, mempermudahkan segala urusan dan terus memberi sumbangan kepada pembangunan pendidikan di Sarawak.Turut hadir sama, Penolong Pengarah (Seksyen Pengurusan Data dan Komunikasi Awam) Yayasan Sarawak, Puan Haznetta Sarenau Howell."π¦ππππ ππ§ πππ₯π¦ππ₯π & π¦ππππ ππ§ πππ₯π πππππ₯"πΈ Haznetta (PDKA)βοΈ Jumadi (PDKA)Kementerian Pendidikan MalaysiaJabatan Pendidikan Negeri Sarawak#LikeFollowShare... ExpandHide