Yayasan Sarawak reserves the right to take legal action against borrowers’ who fails to repay loans within their scheduled period. Their names will also be listed on CTOS as Hardcore Debtors. Yayasan Sarawak has the right to share borrowers’ information to the Credit Rating Agency if a borrower fails to repay after issuing the final reminder.
Pasukan Yayasan Sarawak Semarakkan Semangat dan Keseronokan di MAKSAK Amazing Race 2025KUCHING, 8 November 2025 – Suasana penuh semangat dan keceriaan mewarnai MAKSAK Amazing Race 2025 yang turut disertai dua pasukan dari Yayasan Sarawak. Acara yang dianjurkan oleh MAKSAK Wanita Sarawak telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Sharifah Hasidah binti Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Persekutuan-Negeri) di Dewan Undangan Negeri Sarawak, Kuching.Pasukan Yayasan Sarawak diwakili guru-guru Taska Tadika Yayasanku Sayang terdiri daripada Team La Reina Del Mar diketuai oleh Maryani binti Dawi bersama Siti Noorlis binti Hassan dan Husnazirah binti Rashidi, manakala Team One-Peach diketuai oleh Zaneeny binti Abu bersama Syahirah binti Shazali dan Raja Norhazneen binti Raja Hairul Zamir.Para peserta menempuh pelbagai cabaran menarik di lokasi indah seperti Sarawak Botanical Garden, Pustaka Negeri Sarawak dan Damai Lagoon. Semangat berpasukan yang terpancar menggambarkan nilai sebenar MAKSAK dalam memperkukuh silaturahim, memupuk semangat kesukanan, keceriaan dan gaya hidup sihat.Hadir sama, YBhg. Dato Hajah Baduyah binti Haji Bujang, Pengerusi MAKSAK Wanita Sarawak. Puan Nadeha binti Kamaludin, Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Komunikasi Korporat) Yayasan Sarawak turut hadir memberi sokongan kepada pasukan Yayasan Sarawak.Disediakan oleh: Ahmad Jumadi SabangKredit gambar: Nadeha Kamaludin#yayasansarawak#maksaksarawak#amazingrace#LikeFollowShareMAKSAK Sarawak... See MoreSee Less