Menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang yang mengikuti pengajian di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam di dalam dan luar negara dengan keutamaan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta milik Kerajaan Sarawak.
Keutamaan untuk kursus-kursus Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan kursus terpilih sahaja seperti berikut:
1) Kejuruteraan (keutamaan kepada Kejuruteraan Aeroangkasa) 2) Teknologi Maklumat (keutamaan kepada Teknologi Semikonduktor) 3) Perubatan dan Kesihatan
4) Sains Hayat
5) Teknologi Makanan
6) Psikologi dan Kaunseling
7) Pembinaan dan Pembangunan Tanah
8) Perakaunan
9) Kewangan
10) Undang-Undang.
Syarat
Anak Jati Sarawak (sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapa adalah orang Sarawak).
Warganegara Malaysia.
Wajib memperolehi kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peperiksaan SPM atau peperiksaan setaraf dengannya seperti berikut:-
1) Mendapat sekurang-kurangnya Gred C untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
2) Mendapat sekurang-kurangnya Gred B6 untuk Unified Examination Certificate (UEC).
Memperoleh CGPA / PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Asasi / Diploma atau yang setaraf dengannya.
Pelajar ljazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di IPTA atau IPTS Tempatan Dalam Negara dengan CGPA / PNGK 3.00 dan ke atas.
Pelajar Ijazah Lanjutan (Sarjana, PhD & Kepakaran) di IPT Dalam atau Luar Negara dengan pencapaian akademik cemerlang (CGPA/PNGK 3.00 ke atas) semasa Ijazah Pertama atau Sarjana.
Permohonan dibuka sekali setahun, melalui iklan dan akan diterbitkan di Laman Sesawang Yayasan Sarawak, Media Sosial Rasmi Yayasan Sarawak dan Surat Khabar Tempatan.
Pengajian ljazah Pertama : Dalam Negara sahaja.
Pengajian Sarjana dan PhD : Dalam dan Luar Negara.
Penyelidikan:
Permohonan dibuka sepanjang tahun.
Pengajian Sarjana dan PhD di dalam dan luar negara.
Borang permohonan boleh dimuat turun di laman sesawang Yayasan Sarawak.
Sila lampirkan bersama ‘Research Proposal’ yang telah diluluskan.
Elemen Pembayaran Biasiswa
Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Amali & Elaun Tesis.
Tiket Penerbangan pergi dan balik (sekali setahun untuk pengajian dalam Negara / Sekali sepanjang pengajian luar Negara).
Menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang yang mengikuti pengajian di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar negara dengan keutamaan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta milik Kerajaan Sarawak.
Keutamaan untuk kursus-kursus Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan kursus terpilih sahaja seperti berikut:
1) Kejuruteraan (keutamaan kepada Kejuruteraan Aeroangkasa) 2) Teknologi Maklumat (keutamaan kepada Teknologi Semikonduktor) 3) Perubatan dan Kesihatan
4) Sains Hayat
5) Teknologi Makanan
6) Psikologi dan Kaunseling
7) Pembinaan dan Pembangunan Tanah
8) Perakaunan
9) Kewangan
10) Undang-Undang.
Syarat
Anak Jati Sarawak (sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapa adalah orang Sarawak).
Warganegara Malaysia.
Wajib memperolehi kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peperiksaan SPM atau peperiksaan setaraf dengannya seperti berikut:-
1) Mendapat sekurang-kurangnya Gred C untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
2) Mendapat sekurang-kurangnya Gred B6 untuk Unified Examination Certificate (UEC).
Memperoleh CGPA / PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Asasi / Diploma atau yang setaraf dengannya.
Pelajar ljazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di IPTA atau IPTS Tempatan Dalam Negara dengan CGPA / PNGK 3.00 dan ke atas.
Pelajar Ijazah Lanjutan (Sarjana, PhD & Kepakaran) di IPT Dalam atau Luar Negara dengan pencapaian akademik cemerlang (CGPA/PNGK 3.00 ke atas) semasa Ijazah Pertama atau Sarjana.
Permohonan dibuka sekali setahun melalui iklan dan akan diterbitkan di Laman Sesawang Yayasan Sarawak, Media Sosial Rasmi Yayasan Sarawak dan Surat Khabar Tempatan.
Pengajian ljazah Pertama : Dalam Negara sahaja.
Pengajian Sarjana dan Ph.D : Dalam dan Luar Negara.
Elemen Pembayaran Biasiswa
Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Amali & Elaun Tesis.
Tiket Penerbangan pergi dan balik (sekali setahun untuk pengajian dalam negara / sekali sepanjang pengajian luar negara).
Bantuan murid sekolah daripada keluarga kurang berkemampuan bermula daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan di Sarawak.
Membiayai persekolahan bagi membolehkan pelajar meneruskan persekolahan serta menggalakkan peningkatan prestasi akademik pelajar.
Syarat
Anak Jati Sarawak (sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapa adalah orang Sarawak).
Warganegara Malaysia.
Terbuka kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan di Sarawak dan keutamaan diberikan kepada pelajar Tingkatan 1.
Kelulusan permohonan adalah berdasarkan pendapatan perkapita yang terendah dan syarat- syarat yang telah ditetapkan di bawah skim ini
Tapisan pemilihan pelajar adalah berdasarkan pendapatan keluarga, pencapaian akademik dan penglibatan ko-kurikulum yang telah disahkan oleh pihak sekolah.
Pelajar BUKAN penerima biasiswa atau bantuan kewangan daripada kerajaan atau pihak luar.
Pelajar tidak mempunyai masalah disiplin di sekolah.
Pembayaran
Kadar tetap adalah RM800.00 setiap tahun untuk setiap pelajar.
Permohonan
Permohonan akan dibuka sekali setahun melalui Sistem My-Yayasan (diisi dan disahkan oleh pihak sekolah masing-masing).
Membantu membiayai kos peringkat awal pelajar yang memulakan pengajian ke lnstitusi Pengajian Tinggi Awam dan IPTS milik Kerajaan Negeri Sarawak.
Syarat
Anak Jati Sarawak (sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapa adalah orang Sarawak).
Warganegara Malaysia.
Wajib memperolehi kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peperiksaan SPM atau peperiksaan setaraf dengannya seperti berikut:-
1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
2. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C untuk General Certificate of Ordinary Level (GCE O-Level).
3. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B6 untuk Unified Examination Certificate (UEC).
Terbuka kepada pelajar untuk semester satu (1) sahaja.
Mengikuti mod pengajian Sepenuh Masa.
Mengikuti pengajian di lnstitusi Latihan Kemahiran / Teknikal anjuran kerajaan, lnstitusi Pengajian Tinggi Awam, Swinburne University of Technology, Kuching; University of Technology Sarawak, Sibu; Curtin University Malaysia, Miri; Kolej Laila Taib Sibu dan i-CATS University College, Kuching.
lbubapa atau penjaga pelajar mempunyai pendapatan perkapita RM1,500.00 dan ke bawah.
Hanya meliputi kemasukan peringkat Sijil I Matrikulasi I Asasi I Pra Diploma I Diploma I ljazah Sarjana Muda.
Bantuan
Geran bantuan yang tidak perlu dibayar balik ini adalah seperti berikut:
Bursari BP40 Yayasan Sarawak memberi peluang dan membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah atau sederhana (B40 / M40) melanjutkan pengajian di Peringkat Asasi, Diploma dan ljazah Pertama dengan Yuran Pengajian Bersubsidi Merangkumi 80% daripada jumlah yuran pengajian.
Syarat
Terbuka kepada pelajar daripada keluarga golongan B40 dan M40.
Warganegara Malaysia.
Wajib memperolehi kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peperiksaan SPM atau peperiksaan setaraf dengannya seperti berikut:-
1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
2. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C untuk General Certificate of Ordinary Level (GCE O-Level).
3. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B6 untuk Unified Examination Certificate (UEC).
Anak Jati Sarawak (di mana Salah seorang daripada ibu bapa ialah Bumiputera Sarawak).
Di Swinburne, Curtin, UTS, KLT dan i-CATS adalah terhad kepada 100 orang pelajar Bumiputera untuk setiap universiti setiap tahun.
Untuk Anak Jati Sarawak BUKAN Bumiputera: Hanya di UTS sahaja, dan terhad kepada 100 orang pelajar Bukan Bumpitera setiap tahun.
Permohonan dilakukan menerusi institusi – Swinburne, Curtin, UTS, KLT dan i CATS.
Pemohon juga (i) Layak memohon Biasiswa-Pinjaman Pelajaran Dalam Negara Yayasan Sarawak untuk merangkumi baki yuran yang masih perlu dibayar dan (ii) layak memohon Bantuan Kemasukan ke IPT.
Dibuka sepanjang tahun.
Dokumen Yang Diperlukan
Surat tawaran pengajian di institusi berkenaan.
MyKad – Pelajar, ibu bapa I penjaga dan adik-beradik yang masih dalam tanggungan ibu bapa.
Sijil lahir pelajar.
Keputusan SPM (Mesti kredit dalam Bahasa Melayu).
Penyata gaji terkini ibu bapa I penjaga ATAU penyata pencen jika telah bersara) ATAU surat pengesahan tiada pekerjaan ibu bapa.
Tujuan subsidi penerbangan dari Semenanjung Malaysia, Sabah atau Labuan pulang ke Sarawak.
Maksimum dua (2) permohonan dilulus dalam satu tahun.
Tuntutan maksimum RM300 untuk setiap permohonan / perjalanan.
Syarat
Anak Jati Sarawak (sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapa adalah orang Sarawak).
Warganegara Malaysia.
Berusia 18 tahun dan ke atas; masih aktif dalam pengajian sepenuh masa di manamana IPT dalam Malaysia (luar Sarawak) semasa mengemukakan permohonan / penerbangan.
Penerbangan tidak terhad pada tarikh tertentu dalam satu tahun.
Permohonan dibuka sepanjang tahun.
Sila kemukakan permohonan yang lengkap dalam tempoh 60 hari selepas tarikh penerbangan.