Untuk
Warga
YS
Bahasa
Saiz Huruf A A A Warna Green Blue Red
Sarawak Crest

IKLAN JAWATAN KOSONG YAYASAN SARAWAK BIL. 01/2022

Yayasan Sarawak mempelawa permohonan daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di Pejabat Cawangan Kuala Lumpur;

Klasifikasi Perkhidmatan:
Pentadbiran dan Sokongan

Kumpulan Perkhidmatan:
Pelaksana

Taraf Jawatan:
Tetap Berasaskan Caruman

Jadual Gaji:
Gaji Minimum: RM1,352.00
Gaji Maksimum: RM4,003.00

Skop Tugas Utama:
Menjalankan tugas-tugas perkeranian, operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan / komunikasi, kutipan sewa / pinjaman, pengawasan aset.

Kelayakan

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  • Kepujian Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun.

Syarat Tambahan

  • Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 (dua) tahun dalam bidang yang berkaitan.
  • Berintegriti tinggi, action-oriented, sense of urgency, keperibadian yang dinamik, efisien, proaktif, berfikiran positif, sanggup menerima cabaran dan mampu bekerja secara berdikari dan dalam kumpulan.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum atau aktiviti kemasyarakatan.

Klasifikasi Perkhidmatan:
Kemahiran

Kumpulan Perkhidmatan:
Pelaksana

Taraf Jawatan:
Tetap Berasaskan Caruman

Jadual Gaji:
Gaji Minimum: RM1,218.00
Gaji Maksimum: RM2,939.00

Skop Tugas Utama:
Memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan supaya sentiasa dalam keadaan baik, bersih dan selamat untuk setiap perjalanan.

Kelayakan dan Syarat Lantikan

  • Sijil Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Memiliki lesen memandu kelas D/E/E1/E2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kecuali Lesen Memandu Percubaan (P); DAN
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Tambahan

  • Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 (dua) tahun dalam bidang yang berkaitan.
  • Berintegriti tinggi, action-oriented, sense of urgency, keperibadian yang dinamik, efisien, proaktif, berfikiran positif, sanggup menerima cabaran dan mampu bekerja secara berdikari dan dalam kumpulan.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum atau aktiviti kemasyarakatan.

CARA MEMOHON

Semua pemohon yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan adalah diwajibkan untuk mengemukakan permohonan secara onlinemelalui Laman Web Yayasan Sarawak bermula 5 Mac 2022.

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Jumaat, 11 Mac 2022.

Sila klik 'APPLY NOW' berdasarkan jawatan yang ingin dipohon.

Dengan mengemukakan permohonan, anda telah bersetuju dan memberi kebenaran kepada Yayasan Sarawak untuk memproses data peribadi anda selaras dengan Personal Data Protection Act 2010 (PDPA).

Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima akan ditolak. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklumbalas daripada Yayasan Sarawak selepas 3 (tiga) bulan daripada tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.