Untuk
Warga
YS
Bahasa
Saiz Huruf A A A Warna Green Blue Red
Sarawak Crest

IKLAN JAWATAN KOSONG YAYASAN SARAWAK BIL. 01/2019

Last updated on March 5th, 2022 at 05:39 am

Yayasan Sarawak mempelawa permohonan daripada warganegara Malaysia anak Sarawak yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut

Klasifikasi Perkhidmatan:
Kewangan

Kumpulan Perkhidmatan:
Pengurusan dan Profesional

Jadual Gaji:
Gaji Minimum:RM2,094.00
Gaji Maksimum: RM9,585.00

Skop Tugas Utama:
Mengurus sistem perakaunan, menyediakan laporan kewangan bulanan, bajet tahunan, mengendalikan “Banking Operations”, pelaburan jangka pendek dan “quoted investments”

Kelayakan dan Syarat Lantikan:

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam atau yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Lulus peperiksaan akhir Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
  • Lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA); DAN
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman dalam bidang yang berkaitan.
  • Berumur tidak kurang daripada 25 tahun.

Klasifikasi Perkhidmatan:
Pentadbiran dan Sokongan

Kumpulan Perkhidmatan:
Pentadbiran dan Sokongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum:RM2,080.00
Gaji Maksimum: RM9,546.00

Skop Tugas Utama:
Melaksanakan tugas-tugas perancangan, penyeliaan, pelaksanaan dan pemantauan dalam bidang Pengurusan Sumber Tenaga Manusia dan Organisasi, Sumber Kewangan, Ekonomi serta Pentadbiran

Kelayakan dan Syarat Lantikan:

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam atau yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
  • Kepujian (Sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman dalam bidang yang berkaitan
  • Berumur tidak kurang daripada 25 tahun.

Klasifikasi Perkhidmatan:
Pentadbiran dan Sokongan

Kumpulan Perkhidmatan:
Pelaksana

Jadual Gaji:
Gaji Minimum: RM1,493.00
Gaji Maksimum: RM5,672.00

Skop Tugas Utama:
Melaksanakan tugas-tugas penyeliaan, pelaksanaan dan pemantauan dalam bidang Pengurusan Sumber Tenaga Manusia dan Organisasi, Sumber Kewangan, Ekonomi dan Pentadbiran

Kelayakan dan Syarat Lantikan:

  • Memiliki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  • Memilik Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan.
  • Berumur tidak kurang daripada 21 tahun.

Klasifikasi Perkhidmatan:
Pentadbiran dan Sokongan

Kumpulan Perkhidmatan:
Pelaksana

Jadual Gaji:
Gaji Minimum: RM1,352.00
Gaji Maksimum: RM4,003.00

Skop Tugas Utama:
Menjalankan tugas-tugas perkeranian, operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan / komunikasi, kutipan sewa / pinjaman, pengawasan aset.

Kelayakan:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  • Kepujian Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun.


SYARAT-SYARAT TAMBAHAN PERMOHONAN

  • Memiliki integriti yang tinggi, action-oriented, sense of urgency, keperibadian yang dinamik, efisien, proaktif, berfikiran positif, sanggup menerima cabaran dan mampu bekerja secara berdikari dan dalam kumpulan.
  • Mempunyai kemahiran analitikal, inter-personal serta boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan bahasa ketiga dengan baik.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum atau aktiviti luar
  • Mempunyai kemahiran dalam bidang Teknologi Maklumat khususnya;
    • Microsoft Office Application
    • Multimedia Application and Design Software
    • Programming and Scripting

Calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon secara online melalui https://yayasansarawak.org.my/career/ pada atau sebelum hari Selasa, 30 April 2019.

Dengan mengemukakan permohonan, anda telah bersetuju dan memberi kebenaran kepada Yayasan Sarawak untuk memproses data peribadi anda selaras dengan Personal Data Protection Act 2010 (PDPA).

Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima akan ditolak. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklumbalas daripada Yayasan Sarawak selepas 3 (tiga) bulan daripada tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.