Kegagalan membuat bayaran balik secara konsisten akan mendorong pihak Yayasan Sarawak mengambil tindakan undang-undang dan penyenaraian nama kepada pihak CTOS sebagai “Penghutang Ingkar Tegar”. Sekiranya gagal membayar setelah surat peringatan terakhir dikeluarkan, maka Yayasan Sarawak akan berkongsi maklumat kepada pihak Agensi Pelapor Kredit.
28 April 2024 (Ahad) - Majlis Perasmian Program Operasi Khidmat Masyarakat Optometrik (OPKOM) ke-31 telah disempurnakan oleh Pengarah Yayasan Sarawak, YBrs. Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli.Program ini bertujuan untuk menyediakan pemeriksaan mata percuma di samping menyampaikan dan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat tentang penjagaan kesihatan mata. Ia dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Optometri, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan berlangsung di Dewan Masyarakat, Kampung Santubong, Kuching, Sarawak.Turut hadir bersama YBrs. Dr Mohd Harimi Abd Rahman, Ketua Jaringan Industri & Masyarakat, Fakulti Sains Kesihatan UKM dan YBrs. Tuan Hajj Suhaili bin Kifli, Penghulu Kampung Santubong.Disediakan oleh: Ahmad Jumadi bin Sabang (CorpComm)Foto oleh: Mustafa Arif bin Kiphli (Pejabat Pengarah)#LikeShareFollow#optometrist#universitikebangsaanmalaysia... ExpandHide