Untuk
Warga
YS
Bahasa
Saiz Huruf A A A Warna Green Blue Red
Sarawak Crest

Berita Semasa

3 days ago

30 April 2024 (Selasa) - Susulan pengumuman YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak, pihak pengurusan Yayasan Sarawak diketuai Pemangku Timbalan Pengarah (Pendidikan), Encik Watson Chunggat Leornard Doo telah melawat keluarga mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia Rohna di Kampung Engkaroh, Tebekang, Serian.⁣Berkesempatan bertemu ibu mertua mendiang, segala butiran peribadi dua anak mendiang yang diberikan akan didaftarkan dalam data Yayasan Sarawak bagi tujuan menanggung pendidikan mereka pada masa akan datang. Perkembangan dari segi pendidikan anak-anak mendiang akan dimaklumkan melalui bapa mereka.Premier Sarawak yang juga Pengerusi Yayasan Sarawak dalam lawatan beliau pada 28 April lalu mengumumkan Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak akan menanggung pendidikan kedua-dua anak mendiang sehingga ke peringkat pengajian tertinggi.⁣Turut hadir ialah Penolong Pengarah (Seksyen Korporat), Encik Jolly bin Marikan serta kakitangan Yayasan Sarawak. Disediakan oleh: Ahmad Jumadi bin Sabang (CorpComm)⁣Foto oleh: Muhamad Haziq bin Rahmatullah (CorpComm)Kementerian Pendidikan Malaysia Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak #LikeFollowShare #TLDM ... ExpandHide