Untuk
Warga
YS
Bahasa
Saiz Huruf A A A Warna Green Blue Red
Sarawak Crest

Berita Semasa

4 hours ago

28 April 2024 (Ahad) - Majlis Perasmian Program Operasi Khidmat Masyarakat Optometrik (OPKOM) ke-31 telah disempurnakan oleh Pengarah Yayasan Sarawak, YBrs. Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli⁣ bertempat di Dewan Masyarakat, Kampung Santubong, Kuching, Sarawak.​​Program anjuran Persatuan Mahasiswa Optometri, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tersebut bertujuan untuk menyediakan pemeriksaan mata percuma di samping menyampaikan dan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat tentang penjagaan kesihatan mata.Turut hadir bersama YBrs. Dr Mohd Harimi Abd Rahman, Ketua Jaringan Industri & Masyarakat, Fakulti Sains Kesihatan UKM dan YBrs. Tuan Haji Suhaili bin Kifli, Penghulu Kampung Santubong.Disediakan oleh: Ahmad Jumadi bin Sabang (CorpComm)Foto oleh: Mustafa Arif bin Kiphli (Pejabat Pengarah)#LikeShareFollow#optometrist#universitikebangsaanmalaysia ... ExpandHide