Kegagalan membuat bayaran balik secara konsisten akan mendorong pihak Yayasan Sarawak mengambil tindakan undang-undang dan penyenaraian nama kepada pihak CTOS sebagai “Penghutang Ingkar Tegar”. Sekiranya gagal membayar setelah surat peringatan terakhir dikeluarkan, maka Yayasan Sarawak akan berkongsi maklumat kepada pihak Agensi Pelapor Kredit.
Program KEMASAINS Zon Selatan 2025 Perkasa Kompetensi Guru STEMKUCHING, 1 November 2025 – Program KEMASAINS Zon Selatan 2025 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kuching sebagai pengelola telah berlangsung dengan jayanya di Swinburne University of Technology Sarawak dari jam 8 pagi hingga 5 petang.Program ini menghimpunkan seramai 400 guru Sains dan Matematik sekolah menengah zon selatan, dengan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGTAR) bertindak sebagai fasilitator dan Yayasan Sarawak sebagai penaja utama. Penglibatan besar daripada para pendidik membuktikan komitmen terhadap peningkatan kualiti pengajaran STEM.Majlis penutupan disempurnakan oleh Pengarah IPGKTAR, Encik Yahya bin Sedik, manakala ucapan aluan disampaikan oleh Encik Zamahari bin Haji Saidi, Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Biasiswa, Program dan Bantuan). Program ini diharapkan dapat terus memperkukuh kompetensi guru dan mempertingkatkan keberkesanan penyampaian Sains dan Matematik di sekolah.Disediakan oleh: Ahmad Jumadi SabangKredit gambar: Muhammad Iqbal Mohamad Zaidil#yayasansarawak#kemasains#ipgtar#JPNS#SwinburneUniversityofTechnology... See MoreSee Less