Kegagalan membuat bayaran balik secara konsisten akan mendorong pihak Yayasan Sarawak mengambil tindakan undang-undang dan penyenaraian nama kepada pihak CTOS sebagai “Penghutang Ingkar Tegar”. Sekiranya gagal membayar setelah surat peringatan terakhir dikeluarkan, maka Yayasan Sarawak akan berkongsi maklumat kepada pihak Agensi Pelapor Kredit.
KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI UiTM CAWANGAN SARAWAK.18 Mac 2024 (Isnin) - YBrs. Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli, Pengarah Yayasan Sarawak telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi UiTM Cawangan Sarawak diketuai Prof. Madya Ts. Chm Dr. Mohammad Isa Mohamadin, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) yang juga menjalankan fungsi Rektor UiTM.Turut bersama beliau Dr. Wan Juliana Emeih Wahed, Penyelaras Unit Hal Ehwal Antarabangsa; Encik Sharin Sulaiman, Pensyarah Kanan, AJK Unit Hal Ehwal Antarabangsa; Pensyarah daripada Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Encik Ahmad Noor Syahir Sazali dan Dr. Patricia Pawa Pitil.Antara perkara yang dibincangkan semasa kunjungan adalah menerangkan fungsi dan perancangan aktiviti Unit Hal Ehwal Antarabangsa di bawah UiTM Cawangan Sarawak.Turut hadir Encik Watson Chunggat Leornard Doo, Pemangku Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Sarawak dan Pegawai Kanan Yayasan Sarawak.Disediakan oleh: Ahmad Jumadi bin Sabang (CorpComm)Foto oleh: Muhamad Haziq bin Rahmatullah (CorpComm)Rektor UiTM SarawakBahagian Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa - UITM Cawangan SarawakRAKAN SarawakUnit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS... ExpandHide