Kegagalan membuat bayaran balik secara konsisten akan mendorong pihak Yayasan Sarawak mengambil tindakan undang-undang dan penyenaraian nama kepada pihak CTOS sebagai “Penghutang Ingkar Tegar”. Sekiranya gagal membayar setelah surat peringatan terakhir dikeluarkan, maka Yayasan Sarawak akan berkongsi maklumat kepada pihak Agensi Pelapor Kredit.
24 April 2024 (Rabu) - Seramai 42 orang guru dari Semenanjung, Sarawak dan Labuan serta wakil Kementerian Pendidikan Malaysia telah menghadiri Kursus Pemerkasaan Guru Pengawas Program Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak. Kursus ini akan berlangsung selama dua (2) hari di Impiana KLCC, Kuala Lumpur.Pemangku Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Sarawak, Encik Watson Chunggat Leonard Doo telah menyampaikan ucapan bagi mengalu-alukan kehadiran para peserta.Turut hadir bagi menyampaikan taklimat, Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Biasiswa, Program dan Pendidikan) Yayasan Sarawak, En Zamahari bin Haji Saidi dan urusetia kursus dari ibu pejabat dan cawangan Kuala Lumpur.Untuk maklumat lanjut Program Pertukaran Pelajar, sila layari laman web kami di www.yayasansarawak.org.my..Disediakan oleh: Ahmad Jumadi bin Sabang (CorpComm).Foto oleh: Muhamad Haziq bin Rahmatullah (CorpComm)..#LikeFollowShareKementerian Pendidikan Malaysia... ExpandHide