Kegagalan membuat bayaran balik secara konsisten akan mendorong pihak Yayasan Sarawak mengambil tindakan undang-undang dan penyenaraian nama kepada pihak CTOS sebagai “Penghutang Ingkar Tegar”. Sekiranya gagal membayar setelah surat peringatan terakhir dikeluarkan, maka Yayasan Sarawak akan berkongsi maklumat kepada pihak Agensi Pelapor Kredit.
31 Oktober 2024 | Khamis | KuchingPASUKAN YAYASAN SARAWAK-PUTERI DANG BALAI BERHASRAT KEKAL KEJUARAAN RAJA SUNGAI SARAWAKMajlis Penyerahan Bendera Pasukan Regatta Yayasan Sarawak-Puteri Dang Balai telah disempurnakan oleh Pengarah Yayasan Sarawak, YBhg. Datu Haji Mersal bin Abang Rosli kepada Pengurus Pasukan, Encik Nazri bin Jamali petang tadi.Acara yang penuh semangat ini berlangsung di kem pasukan di Kampung Bintawa Hilir.Pasukan Yayasan Sarawak-Puteri Dang Balai selaku juara bertahan Raja Sungai Sarawak bagi tahun 2022 dan 2023, berhasrat untuk mengekalkan kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut.Semoga pasukan ini terus cemerlang, mengharumkan nama Yayasan Sarawak dan mempertahankan gelaran di arena perlumbaan pada tahun ini.Turut hadir Timbalan Pengarah (Operasi) Yayasan Sarawak, Encik Mohamad Adzlie bin Ibrahim.✍🏻 Jumadi (PDKA)📸 Nizam (PDKA)Puteri dang balai officialPuteri Dang Balai (kpg bintawa hilir)Regatta Sarawak Bumi KenyalangSarawak Edition#regattasarawak#LikeFollowShare ... ExpandHide