Kegagalan membuat bayaran balik secara konsisten akan mendorong pihak Yayasan Sarawak mengambil tindakan undang-undang dan penyenaraian nama kepada pihak CTOS sebagai “Penghutang Ingkar Tegar”. Sekiranya gagal membayar setelah surat peringatan terakhir dikeluarkan, maka Yayasan Sarawak akan berkongsi maklumat kepada pihak Agensi Pelapor Kredit.
24 Oktober 2024 | Khamis | KuchingKUMPULAN YS ACES LAYAK KE PERINGKAT AKHIR SCSICA 2024Tahniah diucapkan kepada Kumpulan YS Aces daripada Yayasan Sarawak atas kejayaan mereka layak ke peringkat akhir di Sarawak Civil Service Innovation Convention Awards (SCSICA) 2024! Kejayaan ini pastinya membanggakan dan menjadi bukti komitmen serta usaha gigih dalam meningkatkan inovasi dan kreativiti dalam perkhidmatan awam khususnya di Yayasan Sarawak.Konvensyen yang dianjurkan oleh Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) ini berlangsung di Pullman Kuching dari 21 hingga 25 Oktober 2024, menyediakan platform bagi pelbagai kumpulan untuk mempamerkan idea dan projek inovatif mereka.Semoga Kumpulan YS Aces terus cemerlang dan berjaya di peringkat akhir!✍️📸 Jumadi (CorpComm)Malaysia Productivity Corporation - MPC Sarawak#jabatanpremiersarawak#LikeFollowShare#scsica... ExpandHide