Untuk
Warga
YS
Bahasa
Saiz Huruf A A A Warna Green Blue Red
Sarawak Crest

Berita Semasa

2 days ago

KUCHING: Pengarah Yayasan Sarawak, Mersal Abang Rosli telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Ireland Ke Malaysia, Orla Tunney pada Jumaat. Kunjungan di bangunan Yayasan Sarawak itu bertujuan untuk berbincang tentang pendidikan yang menjadi asas kepada kesejahteraan rakyat dan kesejahteraan ekonomi masyarakat saksama antara Kerajaan Sarawak dan Ireland. “Selama bertahun-tahun, kami telah melabur dengan sangat banyak dalam pendidikan rakyat kami dan kini kami mempunyai sektor pendidikan yang sangat kukuh. “Terdapat beberapa universiti yang cemerlang dan kami mempunyai pelajar dari Sarawak yang belajar di universiti kami yang kami sangat hargai. “Kami telah melihat sepanjang masa itu, rakyat kami berkembang dalam keyakinan, kebolehan ekonomi dan kami telah berjaya menarik lebih banyak pelaburan." Beliau berkata demikian semasa ditemu bual wartawan selepas perbincangan bersama Mersal pada Jumaat. Orla turut berkata, Sarawak mempunyai idea yang sama seperti mereka iaitu melabur kepada rakyat kerana percaya rakyat negeri ini penuh dengan potensi yang baik. Beliau menambah bahawa Yayasan Sarawak sedang membantu Kerajaan mencapai potensi mereka untuk memberikan manfaat kepada seluruh masyarakat di Ireland. Turut hadir dalam pertemuan Pengerusi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, Pemangku Timbalan Pengarah Watson Chunggat Leornard Doo, Pegawai Duta Ireland Anne Ganyang Liason, Penolong Pengarah (Korporat dan Undang-Undang) Jolly Marikan dan Ketua Perkhidmatan Pendidikan ASEAN, Enterprise Ireland Jayanthi Thevarajah. -EDISI UKAS ... ExpandHide

Aktiviti