Kegagalan membuat bayaran balik secara konsisten akan mendorong pihak Yayasan Sarawak mengambil tindakan undang-undang dan penyenaraian nama kepada pihak CTOS sebagai “Penghutang Ingkar Tegar”. Sekiranya gagal membayar setelah surat peringatan terakhir dikeluarkan, maka Yayasan Sarawak akan berkongsi maklumat kepada pihak Agensi Pelapor Kredit.
18 Mei 2024 (Sabtu) - Pengarah Yayasan Sarawak, YBrs. Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli hari ini menghadiri Sesi Townhall Diskusi Belanjawan Sarawak Ke Arah Sarawak Maju Makmur bersama YAB Premier Sarawak anjuran Persatuan Pelajar-Pelajar Sarawak di PAUM Clubhouse, Universiti Malaya.Seramai 300 pelajar Sarawak dari universiti-universiti awam di Semenanjung telah berkunjung ke Universiti Malaya untuk menghadiri townhall tersebut dan acara-acara sampingan. Disediakan oleh: Ahmad Jumadi (CorpComm)Foto oleh: Mustafa Arif (Pejabat Pengarah)#LikeFollowShare... ExpandHide