Kegagalan membuat bayaran balik secara konsisten akan mendorong pihak Yayasan Sarawak mengambil tindakan undang-undang dan penyenaraian nama kepada pihak CTOS sebagai “Penghutang Ingkar Tegar”. Sekiranya gagal membayar setelah surat peringatan terakhir dikeluarkan, maka Yayasan Sarawak akan berkongsi maklumat kepada pihak Agensi Pelapor Kredit.
24 April 2024 (Rabu) - Sesi Taklimat dan Majlis Penyerahan Surat Tawaran Skim Biasiswa Pinjaman Latihan Teknikal kepada 64 org pelajar tajaan Yayasan Sarawak yang mengikuti Kursus Sijil Pemasangan Perancah (Scaffolding) Tahap 1 anjuran SRC Global Resources.Penyerahan Surat Tawaran dan Perjanjian telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Seksyen Pembiayaan Pendidikan, Encik Yantiska Bin Mahmud yang berlangsung di IKM Bintulu.Turut hadir bersama ialah Encik Mohamad Yusri bin Hamden, Pengurus SRC Global Resources Wilayah Sarawak dan Encik Awangku Muhamad Nasrullah bin Awangkoh Morsidi daripada Yayasan Sarawak.Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila layari laman web kami di www.yayasansarawak.org.myDisediakan oleh: Ahmad Jumadi bin Sabang (CorpComm)Foto oleh: Awangku Muhamad Nasrullah bin Awangkoh Morsidi (Pembiayaan Pendidikan)#LikeFollowShareSRC Global Resources - Cawangan Sarawak... ExpandHide