Kegagalan membuat bayaran balik secara konsisten akan mendorong pihak Yayasan Sarawak mengambil tindakan undang-undang dan penyenaraian nama kepada pihak CTOS sebagai “Penghutang Ingkar Tegar”. Sekiranya gagal membayar setelah surat peringatan terakhir dikeluarkan, maka Yayasan Sarawak akan berkongsi maklumat kepada pihak Agensi Pelapor Kredit.
MENJEJAK ILMU, MENCORAK HARAPAN: SMK OYA DI YAYASAN SARAWAKWISMA ADENAN, 20 Oktober 2025 - Seramai 76 orang pelajar Tingkatan Enam (6) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Oya, Dalat bersama 10 orang guru pengiring telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Yayasan Sarawak.Lawatan ini turut disertai dengan ceramah yang disampaikan oleh Encik Mohamad Hafizi bin Talhah, Ketua Seksyen (Program dan Bantuan) bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang bantuan, biasiswa dan inisiatif pendidikan Yayasan Sarawak sebagai persediaan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Diharapkan lawatan ini dapat memberikan gambaran kepada semua pelajar mengenai peluang melanjutkan pelajaran dengan bantuan yang tersedia, sekali gus memberi motivasi untuk merancang masa depan dengan lebih sistematik.Disediakan oleh: Lucia Uncha Anak DunstanJurufoto: Mohammad Nizam / Lucia#yayasansarawakSMK Oya#lawatansekolah#LikeFollowShare... See MoreSee Less