Kegagalan membuat bayaran balik secara konsisten akan mendorong pihak Yayasan Sarawak mengambil tindakan undang-undang dan penyenaraian nama kepada pihak CTOS sebagai “Penghutang Ingkar Tegar”. Sekiranya gagal membayar setelah surat peringatan terakhir dikeluarkan, maka Yayasan Sarawak akan berkongsi maklumat kepada pihak Agensi Pelapor Kredit.
9 November 2024 | Sabtu | KuchingPENGARAH YAYASAN SARAWAK MERASMIKAN YSISS-PJ EDU-FAMILY DAY 2024Pengarah Yayasan Sarawak, YBhg. Datu Haji Mersal bin Abang Rosli hari ini merasmikan Yayasan Sarawak International Secondary School (YSISS) Petra Jaya Edu-Family Day 2024.Acara itu diadakan dari 8 pagi hingga 2 petang dengan pengisian program seperti Pameran Pendidikan, Teknologi & Inovasi, Pameran Identiti & Sukan Sarawak, Fun Fair Games, Seni & Reka Bentuk, Pameran Pengkomputeran dan banyak lagi.Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif YS International Education Sdn Bhd, Puan Noranne binti Adam Assim, Pengetua YSISS-Kuching, Encik Jimali Sunang, Pem. Pengetua YSISS-PJ, Puan Zurina binti Mohamad Jahar dan lain-lain jemputan.✍️ Jumadi (PDKA)📸 Mustafa Arif (PK)Yayasan Sarawak International Secondary School#LikeFollowShare... ExpandHide