Untuk
Warga
YS
Bahasa
Saiz Huruf A A A Warna Green Blue Red
Sarawak Crest

Berita Semasa

24 hours ago

25 April 2024 (Khamis) - Hari ini, Pengarah Yayasan Sarawak, YBrs. Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli telah menyempurnakan Majlis Penangguhan Kursus Pemerkasaan Guru Pengawas Program Pertukaran Pelajar yang telah diadakan di Hotel Impiana KLCC, Kuala Lumpur.⁣⁣⁣⁣Sepanjang kursus selama dua (2) hari, beberapa topik telah dibentangkan berkaitan skop dan tanggungjawab guru pengawas serta pengurusan kewangan pelajar yang disampaikan oleh Encik Zamahari bin Haji Saidi, Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Biasiswa, Program dan Bantuan) dan Encik Easmawi Razak bin Mohamad Eastern, Penolong Pengarah (Kewangan) Yayasan Sarawak.⁣⁣⁣⁣Seusai majlis penangguhan, Pengarah Yayasan Sarawak telah menyampaikan Watikah Pelantikan Guru Pengawas Yayasan Sarawak kepada guru-guru yang dilantik khusus untuk menjaga hal ehwal kebajikan pelajar tajaan Yayasan Sarawak di sekolah masing-masing.⁣⁣⁣⁣Turut hadir, Encik Shafarudin bin Ali, Ketua Penolong Pengarah, Unit Pengambilan dan Kemasukan Murid SBP di Kementerian Pendidikan Malaysia dan Encik Watson Chunggat Leornard Doo, Pemangku Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Sarawak.⁣⁣Disediakan oleh: Ahmad Jumadi bin Sabang (CorpComm)⁣Foto oleh: Muhamad Haziq bin Rahmatullah (CorpComm⁣⁣⁣#kementerianpendidikanmalaysia#LikeFollowShare ... ExpandHide