Untuk
Warga
YS
Bahasa
Saiz Huruf A A A Warna Green Blue Red
Sarawak Crest

Yayasan Sarawak

  • Pengumuman Skim Bantuan Kemasukan ke IPT tidak perlu hantar dokumen sokongan

Bantuan Pendidikan & Bayaran Balik

Bayaran Balik Pinjaman

Kegagalan membuat bayaran balik secara konsisten akan mendorong pihak Yayasan Sarawak mengambil tindakan undang-undang dan penyenaraian nama kepada pihak CTOS sebagai “Penghutang Ingkar Tegar”. Sekiranya gagal membayar setelah surat peringatan terakhir dikeluarkan, maka Yayasan Sarawak akan berkongsi maklumat kepada pihak Agensi Pelapor Kredit.

Hantar Keputusan Semester / Laporan Prestasi Pengajian

Untuk melancarkan proses pembayaran setiap semester, sila klik pautan di bawah atau imbas kod QR untuk menghantar keputusan peperiksaan.

Imbas kod QR

Hantar keputusan Yayasan Sarawak

atau klik sini

Berita Semasa

Pasukan Yayasan Sarawak Semarakkan Semangat dan Keseronokan di MAKSAK Amazing Race 2025KUCHING, 8 November 2025 – Suasana penuh semangat dan keceriaan mewarnai MAKSAK Amazing Race 2025 yang turut disertai dua pasukan dari Yayasan Sarawak. Acara yang dianjurkan oleh MAKSAK Wanita Sarawak telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Sharifah Hasidah binti Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Persekutuan-Negeri) di Dewan Undangan Negeri Sarawak, Kuching.Pasukan Yayasan Sarawak diwakili guru-guru Taska Tadika Yayasanku Sayang terdiri daripada Team La Reina Del Mar diketuai oleh Maryani binti Dawi bersama Siti Noorlis binti Hassan dan Husnazirah binti Rashidi, manakala Team One-Peach diketuai oleh Zaneeny binti Abu bersama Syahirah binti Shazali dan Raja Norhazneen binti Raja Hairul Zamir.Para peserta menempuh pelbagai cabaran menarik di lokasi indah seperti Sarawak Botanical Garden, Pustaka Negeri Sarawak dan Damai Lagoon. Semangat berpasukan yang terpancar menggambarkan nilai sebenar MAKSAK dalam memperkukuh silaturahim, memupuk semangat kesukanan, keceriaan dan gaya hidup sihat.Hadir sama, YBhg. Dato Hajah Baduyah binti Haji Bujang, Pengerusi MAKSAK Wanita Sarawak. Puan Nadeha binti Kamaludin, Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Komunikasi Korporat) Yayasan Sarawak turut hadir memberi sokongan kepada pasukan Yayasan Sarawak.Disediakan oleh: Ahmad Jumadi SabangKredit gambar: Nadeha Kamaludin#yayasansarawak #maksaksarawak #amazingrace #LikeFollowShare MAKSAK Sarawak ... See MoreSee Less